Tuesday, February 21, 2012

Takut


Media baru... Media sosial... Social network...
Mcm2 gelaran diberi untuk medium2 baru komunikasi masa kini...
Macam2 ada. Ada blog, facebook, twitter dll (sekadar menyebut beberapa nama). Semua ini merupakan cara terbaru dan terkini malah boleh dikatakan trend terkini komunikasi.
Melalui apa yang dinyatakan diatas, maklumat dikongsi, emosi dinyatakan sehingga ada yang menganggap ianya seperti DIARI yg kita pernah gunakan suatu masa dahulu.
Nowadays, ada lagi k orang guna diari??? Ahahhhh... Soalan mmg klise...
Tapi, JD sebenarnya takut...

Apa yang ditakutkan?

JD takut dengan cara sesetengah orang menggunakan media sosial baru nih...
Ramai yang salah guna media baru nih. Ramai yang ambil kesempatan dan menggunakan media baru ini untuk menjatuhkan orang lain, menggunakannya sebagai satu alat untuk membalas dendam. Kita sendiri boleh melihat ramai individu yang ditelanjangkan melalui media baru nih...


Ya Allah... Mudah-mudahan JD dan rakan2 lain xkan sekali2 menyalahkan media baru nih...
InsyaAllah!!! Jom kita gunakannya untuk kebaikan...
Let's jom!!!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin