Friday, September 2, 2011

Penawar Hati Luka

Eh... Musim2 raya masih sendu bagai???
Hey.. Ini kan blog JD, jadinya JD kongsi segalanya (selagi ianya tidak berbentuk terlalu peribadi dan mengaibkan sesiapa) disini. Tiada halangan bukan?? Ini BLOG JD... Jadinya JD berhak untuk menulis apa sahaja...
Fuhhhh... Muktamad betul statement JD kn??

Hatimu terluka?? Itu biasa.. Biasa atau luar biasa??? Siapa yang mahu hatinya dilukai?? Kamu mahu??? Andai hatimu sedang bahagia, kamu bertuah.. Andai hatimu tidak pernah dulukai... kamu insan paling bertuah di muka bumi ini...
Lalu, andai hatimu terluka... Apa penawarnya?

Ada yang mencadangkan:

1. Sibukkan dirimu
Ya benar..sibukkanlah dirimu.. Itu boleh saja berlaku tanpa sebarang masalah. Tapi tidak selamanya kamu bisa menyibukkan diri. Ada ketikanya, fikiranmu akan kosong.. Dan ketika itu, kelukaan itu akan menghimpit kamu semula... Lalu, kesakitan itu tetap ada bukan???

2. Maafkanlah dia
Kemaafan itu sudah lama diberi... Kemarahan itu tidak pernah dan tidak akan pernah wujud... Lantas kenapa masih terluka??? Yang tertinggal hanyalah kesakitan dan kesedihan... Parut itu masih disitu... Kerna itu, luka itu masih bersisa...

3. Replacement
Pengganti?? Dengan keadaan hati yang masih luka berdarah... Bagaimana harus diganti?? Yang hendak ditukar itu bukan baju, bukan kasut.. Tetapi HATI! Lantas, tidak sewenang-wenangnya ia diganti semudah membaca ABC! Tidak!!!
Untuk sesetengah daripada kamu... Penggantian itu wajib. Keputusan luka itu bakal dilunaskan minggu hadapan, tapi hari ini, penggantinya sudah dicari hari ini... Semudah itu?? Itu mungkin sesetengah daripada kamu... TAPI TIDAK BAGI JD!!!


Cukuplah JD hamburkan 3 penawar itu.. Kerna bagi JD, tidak satu pun yg dinyatakan diatas mampu dilakukan semudah kita membacanya... Tiada jaawapan sebenar andai kamu mencari ubat penawar hati luka....
Cuma, dekatkanlah dirimu dengan Yg Maha Esa.. Mudah-mudahan dia mendengar rintihan lukamu itu....



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin