Thursday, August 4, 2011

JD Kerinduan di Bulan Ramadhan


Ramadhan..
Bulan indah, penghulu segala bulan.
Apa kenangan indah Ramadhan u all semua? Yang pasti, berbuka bersama keluarga tersayang tentunya ia detik terindah untuk kita kan??
Tapi bagi JD, itu semua tiada dalam kamus hidup JD. Mungkin ada, cumanya ianya mungkin sudah terpadam oleh peredaran masa. Ketika itu, JD terlalu kecil untuk memahatkan semua memori indah itu dalam kotak fikiran seorang anak kecil, sekecil JD.
JD langsung xde kenangan Ramadhan bersama arwah abah mahupun mak. Yang ada cuma kenangan kami adik beradik yatim piatu berbuka sama.
Waktu itu, tiada juadah berderet menunggu untuk dimakan. Waktu itu tiada makanan sesedap sekarang untuk dijamah. Namun, itu detik terindah buat JD sebenarnya. Makanan yang sedikit itu kami kongsikan. Lauk-pauk yang sederhana itu kami sama2 jamah.
Tapi sekarang, walaupun juadah berderet mampu diadakan. Lauk pauk sedap dan mewah mampu disediakan. JD tetap sendirian ketika berbuka. Kenikmatan itu seolah2 tiada. Kegembiraan itu seolah2 tidak wujud.
Itulah kata orang, wang, harta, pangkat tidak akan menjamin kegembiraan dan kebahagiaan. Waktu dulu, JD dan adik beradik yang lain gembira dengan makanan yang sedikit itu. Kami bahagia dengan lauk-pauk yang sederhana itu.

Lalu, dimana ertinya bahagia? Apa ertinya gembira?

Setelah diperhalusi, JD kini mengerti...
JD kerinduan. JD rindukan arwah ayah n mak.
JD rindukan suasana berbuka dengan adik beradik yang lain...
Cuma kami, tiada insan lain...

Sesungguhnya, JD rindu!!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin