Sunday, August 7, 2011

Kalau Nak Berniaga


Lokasi: Bazar Ramadhan, Prima Saujana, Kajang

Ni kisah Jumaat lepas, JD x sempat nak entrykan. Kira mcm basi pon ada. Hahaha... Tapi peduli la kan, JD nak tulis jugak...
Kisahnya, JD n anak buah JD si Nurul memang hari2 ke bazar ramadhan. almaklumlah, orang bujang!!! Beli sebungkus sorang juadah. Cukup dah!

Hari tuh, si Nurul nak makan Rojak Singapore la plak. So, menuju la kami ke gerai yg menjual juadah tersebut. Kami pon pilih la pilih apa benda yg kami suka utk m
asukkan dalam rojak tersebut. Sekeping cucur kucai, 4 keping isi sotong (nipis), satu cucuk isi ketam dan beberapa ketul kentang. Dah siap pilih, Nurul pun hulurkan pinggan pada akak penjual nih.

Dengan MUKA KEKWAT dia sound...
'Letak sana!'
Dan dia tolak pinggan yg Nurul hulurkan.
Ok lg.. Tkpe... Lepas habis j dia potong semua benda yg kami pilih. Dia sound tanpa senyum n mandang customer.
'RM11'
JD dah panas hati denagn kesombongan dia nih!! Dah tuh, masa nak bayar,
Nurul hulur duit RM50 dan sekeping duit RM1.. Konon nak memudahkan dia. Pastuh, dia pulang balik duit kt Nurul. Dia kata:
'Bak sini yang seringgit tuh'
'Bagi saya duit kecik RM10'

JD jawab, 'xde duit kecik kak...' Memang xde nih.. (asalkan JD ada, ta
pi JD dah menyampah dgn akak nih, JD kata xde!)
Dia boleh jawab:
'Pg jalan2 dulu beli barang, lepas tuh bg sini RM10'
'Duit kecik xde, tadi baru j bagi kt orang, dah xde dah duit kecik'

Terus j dia blah pg hujung gerai dia n tinggalkan kami yg terlopong dgn ayat2 dia. JD memang menyirap dengar jawapan dia. Sangat kurang ajar dengan customer. Dah la bulan2 puasa nih. Rasa mcm nak
baling k Rojak Singapore tuh kt muka dia. Sbb Nurul nak sangat2 makan rojak tuh. JD kuarkan RM10, bayar n blah. So semalam (sabtu), JD sempatkan diri ambik gambar akak nih. Korang nak tgk muka dia?? Scrool ke bawah yer...

Moral of the story:
Kalau nak berniaga, sediakan la wang tukaran secukupnya. Dah tuh,
JANGAN LA KURANG AJAR DENGAN CUSTOMER!!!!





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin