Sunday, August 28, 2011

Berterus Teranglah


Memerhatikan sekeliling, melihat sebahagian peristiwa sedih yang berlaku di depan mata JD... Peristiwa yang menimpa rakan2 Jd mahupun peristiwa2 yang Jd sendiri lalui... JD jadi terfikir...
Kenapa begitu sukar untuk menyatakan kebenaran. Kenapa lebih sanggup berbohong dari menyatakan kebenaran?
Isteri dibohongi.. Majikan ditipu... Ibu bapa didustai, Kekasih tidak dikahbarkan yang benar...
Apa seronoknya menipu ya?
Apa susahnya menyatakan kebenaran???
Selalunya, alasan ini yang JD dengar...
'Bohong sunat'
paling2 ini alasan yang diberi...
'Saya berbohong kerana nak menjaga hati si dia'

Allah.... Sudah2lah beralasan...

Ini pesanan untuk kamu2 yang suka berbohong:
Tidak kira siapa pun yang kamu bohongi....
Jika kamu nyatakan kebenaran, pihak yang satu lagi cuma menangung sekali sahaja kesakitan... Iaitu sakit menerima KEBENARAN...
Namun seandainya kamu berbohong, dia akan merasai 2 KESAKITAN. Kesakitan menerima KEBENARAN dan kesakitan akibat DIBOHONGI.

Fikirkanlah...
Betahkah kamu untuk terus berbohong dengan alasan2 yang kamu sendiri ciptakan???
Tuhan berikan kamu akal yang waras...
Lantas, berfikirlah... Gunakan bijak akalmu sewajarnya...


AKUILAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin