Monday, August 29, 2011

Kad Raya

Auto Post Entry

Gambar ihsan Mr Google


Kad Raya anyone??? Ramadhan kali nih... U all ada hantar kad raya x???
Opsss... Terus terang, JD hampir2 melupai akan kewujudan kad raya sebenarnya....
Chop3... Nak tanya... Masih ada jual k kad raya kt shopping2 complex???
Ada lagi????

Emmm... Itulah kan... Kasihan... Budaya yang semakin terpinggir...
Jom ingat kembali kenangan lalu....
At one time, kad raya sangat2 la popular.. JD pernah hantar hampir 100 keping kad raya x silap JD pada tahun 2004... Tp biasalah...Balasannya kompem tidka sebanyak itu ok... Hahaha...
Itu kisah 7 tahun yang lalu... Cuma 7 tahun berlalu... Kejap sangat...
Hari nih JD rasa x ramai dah orang yang masih mengamalkan budaya nih...
Dah xde kad raya yang dihantar.. Jawabnya dah xde la ek ranting2 pokok yang digantung dengan kad2 raya???
Ish3... Kenapa yer orang skrg dah x amalkan budaya hantar2 kad raya nih???
ingat satu ketika dulu, kad raya wujud dalam banyak bentuk..dari sekecik2 kad..Sampai la sebesaq2 kad....
Yg ada corak timbul... Yang ada lagu... Sampai satu masa tuh, siap kad raya attach dengan CD lagu raya lagi...
Sayangnya, budaya hantar kad raya semakin hilang...
Semakin dilupakan...
sayangkan???



Sunday, August 28, 2011

Berterus Teranglah


Memerhatikan sekeliling, melihat sebahagian peristiwa sedih yang berlaku di depan mata JD... Peristiwa yang menimpa rakan2 Jd mahupun peristiwa2 yang Jd sendiri lalui... JD jadi terfikir...
Kenapa begitu sukar untuk menyatakan kebenaran. Kenapa lebih sanggup berbohong dari menyatakan kebenaran?
Isteri dibohongi.. Majikan ditipu... Ibu bapa didustai, Kekasih tidak dikahbarkan yang benar...
Apa seronoknya menipu ya?
Apa susahnya menyatakan kebenaran???
Selalunya, alasan ini yang JD dengar...
'Bohong sunat'
paling2 ini alasan yang diberi...
'Saya berbohong kerana nak menjaga hati si dia'

Allah.... Sudah2lah beralasan...

Ini pesanan untuk kamu2 yang suka berbohong:
Tidak kira siapa pun yang kamu bohongi....
Jika kamu nyatakan kebenaran, pihak yang satu lagi cuma menangung sekali sahaja kesakitan... Iaitu sakit menerima KEBENARAN...
Namun seandainya kamu berbohong, dia akan merasai 2 KESAKITAN. Kesakitan menerima KEBENARAN dan kesakitan akibat DIBOHONGI.

Fikirkanlah...
Betahkah kamu untuk terus berbohong dengan alasan2 yang kamu sendiri ciptakan???
Tuhan berikan kamu akal yang waras...
Lantas, berfikirlah... Gunakan bijak akalmu sewajarnya...


AKUILAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT...

Wednesday, August 24, 2011

Sila Berhati-Hati Ketika Memandu Pulang


KAWASAN SPEED TRAP

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Sumber dari Kotak Emial JD

Tuesday, August 23, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Di kesempatan ini, JD ingin mengucapkan Salam Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir dan batin kepada semua..
Baik yg selalu jengah ke blog JD, follower, kawan2 , sahabat handai, saudara mara dan seluruh umat Islam.
JD mohon maaf dan keampunan semua andai ada tulisan2 JD, kenyataan2 JD atau apa sahaja kesalahan yang telah JD lakukan.
Semoga anda semua bergembira di Aidilfitri di samping insan2 tersayang..

SALAM AIDILFITRI 2011

Sedikit pesanan:
1. Pada yang balik kampung beraya, dan memandu sendiri kenderaan anda.. Hati2 ketika memandu...
2. Pada yang pulang beraya menaiki kenderaan awam.. JD doakan anda semua selamat sampai ke destinasi dan selamat balik kembali ke tempat bertugas...
3. Pada yang x balik kampung tahun nih... Jangan bersedih, kita senasib. JD pon x balik kampung... Sebenarnya sama sahaja beraya dimana pun... Aidilfitri tetap disambut meriah..
4. Pada yang belum bayar zakat... Cepat2lah bertindak... Masih ada masa untuk anda berbuat demikian...
5. Untuk semua... Segembira manapun anda menyambut Aidilfitri... Jangan dilupa pada mereka2 yang tidak berkemampuan dan juga mereka yang telah tiada....

SALAM AIDILFITRI

Friday, August 19, 2011

IPOH


Ehhh.. Entry basi nih.. Saje nak update...
Last week on weekend, JD dah dua orang lagi anak sedara JD ambik kesempatan hujung minggu untuk berbuka puasa kt Ipoh... Wah balik negeri walaupun x balik kampung sendiri... Walaupun x sampai Parit Buntar... Ipoh pon jadilah..
Janji PERAK Negeriku!!!
Hahaha...

Last time JD ke Ipoh adalah ketika JD berusia 17@18 tahun kot kalo x silap JD.. Lamanya dah.... Dah dekat 15 tahun (kira sendiri berapa umur JD sekarang yer...) Hahaha... Lama tuh...
Rupanya Ipoh x banyak beza pon dulu dengan sekarang..
Itulah keunikan

Ipoh...
Layannnn....

dan yang best tuh.. JD culik anak bongsu kakak JD si Bobob yg baru 2 tahun untuk ditapau dan dibawak ke Ipoh.. Hehehe

Monday, August 15, 2011

Sesungguhnya Kamu Tidak Punya Hak...


Setinggi mana pun pangkat dan darjatmu...
Ketahuilah,
Kamu tidak punya hak langsung untuk mengkhianati dan mengecewakan saya...
Mungkin saya tidak sesempurna dia, tapi itu tidak bermakna hati saya boleh diperlakukan sebegini...

" I am the auhor of my life... I'm writing in pen & I cant erase my mistake...even I used blanko, the scar is still there"


Monday, August 8, 2011

Entry Teruja!



Sumpah ini memang entry teruja...
Korang mungkin rasa ini entry poyo, entry x teruja langsung ataupun entry bole blah..
X kira apa korang kata, JD tetap nak entrykan jugak benda nih...Hehehe
Ala, bukan apa pun... Tp JD la teruja lebih..Almaklumlah..Dah setengah nafas berjuang.... Bila tiba hari meraikannya, tentu la JD teruja kan...
Apa kes???
JD nak konvo dah la....
Bila???
Lambat lagi la.....
Tengok la kt bawah nih....




Sunday, August 7, 2011

Mission Accomplished!

Xoxo.. hari nih, misi pertama terlaksana... Alhamdulillah...
Kalau u all perasan, entry jd sebelum nih bertajuk Cita2 Di Bulan Ramadhan, kt situ Jd ada ceritakan yang tahun nih, JD nak buat kuih raya kn??
So hari nih, berkat kerjasama dengan anak buah JD si Nurul, misi pertama kami telah berjaya!!! Yeayyy... Alhamdulillah.
Maka pada jam 5 petang tadi, keluarlah dulang terakhir pembakaran Cornflakes Madu... Weekend akan datang nih, kalau x jadi ke Ipoh... Misi akan bersambung...
Hehehe...
Seronok rupanya buat kuih raya nih... Hehehe...
U all tengok la hasilnya kt bawah nih yer...
Rasanya??? Ntahlah... Kita assume 'sedap' bole x??? Hahaha






Di Masa2 Santai, Apa Korang Buat?


Tajuk entry adalah berbentuk soalan. So, korang jawab sendiri la kan. Meh nak citer. Apa JD buat di waktu2 santai JD. Mari kita bayangkan harinya adalah hari minggu, n sedang bermalas-malasan di atas katil kesayangan... Xoxo... Apa nak buat ek??? Bermalas-malasan di atas katil adalah pilihan JD... Bermalas-malasan sambil bt apa???? Moh kiter check!!!

1. Reading! Atas katil JD penuh dengan buku sebenarnya. Ada beberapa pilihan buku yang JD ada. Ada buku motivasi, jokes, novel (Malay n English) and also buku2 keagamaan. Tengok mood JD hari tuh la... Buku sebenarnya adalah benda WAJIB ada atas katil JD selain bantal n selimut...

2. Browse HP untuk mendail atau mengSMS org2 yg tersenarai dalam HP JD... Ini lg satu keje JD. Sebenarnya time2 mcm ni la waktu yang paling best nak bt benda nih.. Tgh lapang, banyak idea nak dibualkan... Kool apa...

3. Layan internet! Nih pon salah satu aktiviti JD ketika berada dia atas katil kesayangan.. Hehehe (sedang buat benda nih pon skrg). Update blog, chat dgn kawan2, browse FB... Xoxoxo!!!

4. Berangan! This is one of the best.... Come on... Jangan cakap korang x buat benda nih yer... Menipu la tuh.... Hahaha... This is the best part sebenarnya... Korang bole brangan nak jadi apa saja..Adiwira? Xde masalah. Jutawan? Pon xde masalah. Aktress terkenal? Itu pon xde masalah... beranganlah jadi apa yg korang nak jadi.

Emmm. korang plak... kalau masa2 santai apa korang buat????


Saje Nak Gedik

Erkkk, tajuk entry pon dah gedik kan... Dah sah2 la isi pon gedik. Hahaha...
Ini memang entry suka2 n bergelak ketawa. Dah lama JD cari benda nih... Teringin nak pakai. Jadinya semalam JD pg la Mines Shopping Center kt Seri kembangan tuh. Sebenarnya Cik Nurul yang beria2 nak pg sbb nak cari aksesori HP dia, so, JD pon gedik2 la cari barang yang JD inginkan. Pastuh temankan dia shopping. JD Shopping?? Kamus hidup JD skrg nih dah xde istilah shopping. Nak2 dalam keadaan JD skrg. Lupakan j la pasal shopping tuh. Ada yang lebih penting JD kene laksanakan!

Oklah... Berbalik pada barang yang JD inginkan tuh... Barang apa?? Korang jangan gelakkan JD tau. JD teringin sebenarnya nak beli benda nih. Pernah nampak kt Mid Valley, tp JD x beli sbb mahal... Bila jumpa yg murah nih, JD pon beli la...
Barang apa???
Ok2, JD tunjukkan barangnya kt korang... Scrool ke bawah yer...




Benda apa? Apa barangnya? Tu ha... Yg tertonggok atas kepala JD tuh... Jaring kepada Dato Ct tuh ler... Hahaha... So dah dapat tuh, sila dok senyap2 yer wahai JD!!!

p/s: Ok x JD pakai menatang tuh????

Yang Wajib, Kita Dulukan

Sabtu, hari yg semua orang tunggu. Apa lagi, nak bergolek lama atas katil la... Almaklumlah, weekend kan. JD pon suka Sabtu.
Tapi semalam, Sabtu JD full, banyak yang nak diselesaikan. Salah satunya, yang di bawah ini.

Zakat Fitrah itu kan wajib. So, JD selesaikan awal2 supaya nanti x terlupa. Berapa bayarannya? Memandangkan JD bermastautin di negeri Selangor, jadinya JD membayar disni j la. X mahal mana pon. RM7 j... Urusan pon cepat. Within 5 minute, urusan selesai.
Alhamdulillah, moga2 rezeki JD akan lebih murah pada tahun ini..
Insyaallah, Amin!!!

Kalau Nak Berniaga


Lokasi: Bazar Ramadhan, Prima Saujana, Kajang

Ni kisah Jumaat lepas, JD x sempat nak entrykan. Kira mcm basi pon ada. Hahaha... Tapi peduli la kan, JD nak tulis jugak...
Kisahnya, JD n anak buah JD si Nurul memang hari2 ke bazar ramadhan. almaklumlah, orang bujang!!! Beli sebungkus sorang juadah. Cukup dah!

Hari tuh, si Nurul nak makan Rojak Singapore la plak. So, menuju la kami ke gerai yg menjual juadah tersebut. Kami pon pilih la pilih apa benda yg kami suka utk m
asukkan dalam rojak tersebut. Sekeping cucur kucai, 4 keping isi sotong (nipis), satu cucuk isi ketam dan beberapa ketul kentang. Dah siap pilih, Nurul pun hulurkan pinggan pada akak penjual nih.

Dengan MUKA KEKWAT dia sound...
'Letak sana!'
Dan dia tolak pinggan yg Nurul hulurkan.
Ok lg.. Tkpe... Lepas habis j dia potong semua benda yg kami pilih. Dia sound tanpa senyum n mandang customer.
'RM11'
JD dah panas hati denagn kesombongan dia nih!! Dah tuh, masa nak bayar,
Nurul hulur duit RM50 dan sekeping duit RM1.. Konon nak memudahkan dia. Pastuh, dia pulang balik duit kt Nurul. Dia kata:
'Bak sini yang seringgit tuh'
'Bagi saya duit kecik RM10'

JD jawab, 'xde duit kecik kak...' Memang xde nih.. (asalkan JD ada, ta
pi JD dah menyampah dgn akak nih, JD kata xde!)
Dia boleh jawab:
'Pg jalan2 dulu beli barang, lepas tuh bg sini RM10'
'Duit kecik xde, tadi baru j bagi kt orang, dah xde dah duit kecik'

Terus j dia blah pg hujung gerai dia n tinggalkan kami yg terlopong dgn ayat2 dia. JD memang menyirap dengar jawapan dia. Sangat kurang ajar dengan customer. Dah la bulan2 puasa nih. Rasa mcm nak
baling k Rojak Singapore tuh kt muka dia. Sbb Nurul nak sangat2 makan rojak tuh. JD kuarkan RM10, bayar n blah. So semalam (sabtu), JD sempatkan diri ambik gambar akak nih. Korang nak tgk muka dia?? Scrool ke bawah yer...

Moral of the story:
Kalau nak berniaga, sediakan la wang tukaran secukupnya. Dah tuh,
JANGAN LA KURANG AJAR DENGAN CUSTOMER!!!!





Saturday, August 6, 2011

Alasan2 Kenapa JD X Balik Kampung Untuk Beraya Pada Tahun Ini


CONFIRM!

Aidilfitri tahun nih JD x balik beraya di kampung. JD ada kampung k? Yelah2, tau la JD dah xde kampung. Maksud JD, rumah pusaka arwah Ayah n Mak JD dah x wujud. Jadinya, kalau JD sebut2 balik kampung tuh, JD menumpang beraya kt rumah kakak JD j, kt Tanjung Piandang, Perak. Kt mana tuh?? cari kt GOOGLE Map yer.. Insyaallah jumpa...
So, tahun ni JD decide untuk beraya di sekitar Selangor n KL j... Giler merempat kn??? Ehhh, apa plak merempat, cer tgk IC JD, dah punya alamat tetap la. So, xde la merempat. JD akan sambut raya di rumah JD di Puncak Saujana. (dah kira baik la tuh kn ada rumah nak beraya???).
Kenapa JD x balik kampung tahun nih?

Ada beberapa alasan, KENAPA JD X BALIK KAMPUNG RAYA KALI NIH:


1. Tahun lepas JD dah balik beraya kt kampung, tahun nih raya la sini plak.
2. JD segan dengan keluarga yang lain (kenapa segan??? biarlah rahsia)
3. JD xtau nak bg jawapan apa kalau ahli keluarga tanya soalan peribadi (soalan peribadi yg mcm mana? biarlah rahsia)
4. X cukup budget nak balik kampung (sbb JD xdapat bonus raya)
5. Harga petrol dah naik (ini benar2 nih,bukan tipu2 tau)
6. Sebab tahun ni JD xde baju raya (ni mmg betul2 alasan budak tadika)
7. SILA PERCAYA ALASAN2 DIATAS!



Friday, August 5, 2011

Past Future Present


We cannot change the past;
we just need to keep
the good memories
and acquire wisdom
from the mistakes we’ve made.

We cannot predict the future;
we just need to hope and pray
for the best and what is right,
and believe that’s how it should be.

We can live a day at a time,
enjoying the present
and always seeking to become
a more loving and better person.


P/s: The quote taken from my inbox...

Live ur life with the fullest... We don't know when is our last breath!!

Harinya Bakal Tiba



Alhamdulillah, hari yang JD nanti2 bakal tiba.... Tadi JD dah mulakan langkah pertama, update maklumat terkini JD.
Lepas nih yang lain2 pula bakal menyusul... Insyaallah..
Kenapa JD happy??
Ye la, JD dah nak konvo dah... Portal Convocation UiTM dah mula upload maklumat2 terbaru...
Insyaallah...
Everything akan berjalan dgn lancar.. Xde masalah...
Amin...


JD Dalam Sesi - Kecik - Besar - Kecik - Agak Besar

Hai there... Pagi nih saje nak sibuk2 nak letak entry baru... Hahaha...
Tetiba teringat, JD pernah lalui beberapa fasa rupa bentuk yang berlainan...
Zaman sekolah dulu JD kecil..Kurus keding x cukup vitamin... Hehehe berat JD masa tuh cuma 42 kg.. Dah la JD agak tinggi.... Makanya, mcm mayat hiduplah kekdahnya.... (sorry, malas nak cari gambar lama)...
Then masuk j u, JD mula sesi membina badan... (Ni pon malas nak cari gambar lama).
Sampai akhirnya bila JD mula bekerja, hasilnya kina kelihatan.. Ada 3 fasa yang JD lalui sejak JD mula bekerja... 3 fasa tersebut adalah - BESAR - KECIK - AGAK BESAR....
Korang c aye x??? Sila la percaya...
X caye jugak??? Sila tengok gambar2 kat bawah nih yer.... (yanh kt bawah nih koleksi gambar sejak JD keje j tau..Masa sekolah n masa kt u xde gambo)
Huhuhu...

p/s: Moral of the story... JD, sila kecikkan lagi badan kamu!!!!

Tahun 2005
Tahun 2005-2006
Tahun 2007
2007
2008
2009
2011

Amacam... banyak x perubahan dalam rupa paras n fizikal JD??? Hahaha.... Yang JD perasan x berubah cuma TAIK LALAT.... Hahaha



Thursday, August 4, 2011

JD Kerinduan di Bulan Ramadhan


Ramadhan..
Bulan indah, penghulu segala bulan.
Apa kenangan indah Ramadhan u all semua? Yang pasti, berbuka bersama keluarga tersayang tentunya ia detik terindah untuk kita kan??
Tapi bagi JD, itu semua tiada dalam kamus hidup JD. Mungkin ada, cumanya ianya mungkin sudah terpadam oleh peredaran masa. Ketika itu, JD terlalu kecil untuk memahatkan semua memori indah itu dalam kotak fikiran seorang anak kecil, sekecil JD.
JD langsung xde kenangan Ramadhan bersama arwah abah mahupun mak. Yang ada cuma kenangan kami adik beradik yatim piatu berbuka sama.
Waktu itu, tiada juadah berderet menunggu untuk dimakan. Waktu itu tiada makanan sesedap sekarang untuk dijamah. Namun, itu detik terindah buat JD sebenarnya. Makanan yang sedikit itu kami kongsikan. Lauk-pauk yang sederhana itu kami sama2 jamah.
Tapi sekarang, walaupun juadah berderet mampu diadakan. Lauk pauk sedap dan mewah mampu disediakan. JD tetap sendirian ketika berbuka. Kenikmatan itu seolah2 tiada. Kegembiraan itu seolah2 tidak wujud.
Itulah kata orang, wang, harta, pangkat tidak akan menjamin kegembiraan dan kebahagiaan. Waktu dulu, JD dan adik beradik yang lain gembira dengan makanan yang sedikit itu. Kami bahagia dengan lauk-pauk yang sederhana itu.

Lalu, dimana ertinya bahagia? Apa ertinya gembira?

Setelah diperhalusi, JD kini mengerti...
JD kerinduan. JD rindukan arwah ayah n mak.
JD rindukan suasana berbuka dengan adik beradik yang lain...
Cuma kami, tiada insan lain...

Sesungguhnya, JD rindu!!!

Tuesday, August 2, 2011

Cita2 Di Bulan Ramadhan

JD adalah seorang tukang maasak dan chef amatur. Sila jangan ketawakan JD pasal FAKTA ini. Ini adalah kebenaran, bukan ilusi.
Musim2 puasa...Musim2 nak raya nih, mesti semua org bersemangat kan... Buku2 resepi yang berhabuk atas para mesti selongkar balik. Hahaha...
JD berani bet, memang ada yg sedang melalui situasi ini.

Mcm tuh jugak JD. Sblm nih JD memang pembuat kuih raya tunjuk yg sangat tegar. SANGAT TEGAR ok!!! Tapi tahun nih JD dah berubah arah. JD nak buang dah title 'Penunjuk Tegar' tuh. Jadinya, di bawha inilah yang berlaku Ahad lepas. JD dah sambar dua ketul benda yg hanya akan digunakan pada bulan puasa (i think so)...
Electric Oven by Pensonic dan jugak Hand Mixer by Philips. Kisahnya, apa lg kan?? JD nak buat biskut raya la tahun nih... Insyaallah...
Korang semua doakan JD berjaya dalam misi membuat biskut raya nih ek????


Aminnnn....


p/s: sila abaikan gambar jari kaki yg enterframe dalam gambar yg ketiga tuh... Hahaha.. Buruk kelihatan!!!





Subur Menghijau

Come on, JD bukan seorang penanam yang berjaya.. Hahaha... Memang tangan JD panas... Kalau menanam pokok, memamg susah nak hidup...
Iyer.. JD x tipu... Tapi kan, dalam rumah JD ada sepasu tanaman hijau... Amazing kn??? Giler hebat...
Xde mananya pokok tuh hasil tangan JD, JD dapat pokok tu dari kakak JD ler.. Dia hadiahkan untuk JD.. Kerje JD cuma memastikan pokok tuh x 'meninggal'... Hahaha
JD xtau apa nama pokok nih, tapi JD sayang sangat pokok nih.. dia dah menghijaukan dan menyegarkan ruang tamu kecil JD nih...
Alhamdulillah...
Tq Achik for the pokok...




Wahai Jelita



Wahai Jelita,
Hening harimu diganggu lagi...
Hujan???
Intailah di jendela... Benarkah ianya hujan?
Atau itu sekadar manik2 jernih dr matamu

Wahai Jelita...
Jika benar ianya hujan dari langit bersyukurlah kerna bumimu disimbah hujan.
Tanahmu pastinya akan terus subur...
Namun,
Andai ia dari kelopak matamu,
Jangan ditahan, jangan dinafi... Biarkan ia mengalir...Biarkan ia menitis...
Mungkin ia sudah lama bermukim
Maka lepaskanlah ia..
Mungkin, ini laluan terbaik untuk kamu membina tembok kukuh buat penahan emosi dinihari.

Wahai Jelita,
Bukan salahmu andai mutiara itu mengalir lagi,
Bukan kelemahanmu andai mutiara itu gugur lagi,
Itu kehendak hati
Itu aturan Ilahi.

Wahai Jelita,
Aku mengerti, hatimu luka, rasamu duka
Aku mengerti, hatimu mulus, jiwamu halus
Aku mengerti yang rasamu terlalu tulus

Wahai Jelita,
Ambillah seusai manapun waktumu
Untuk mengubati luka itu
Dan aku juga mengerti, andai luka itu sembuh
Parutnya tetap disitu
Dan yang pasti,
Kenangan itu akan kau bawa hingga ke akhir hayatmu.


Menjelang Ramadhan

Ahad, 31 Julai 2011, sehari sebelum puasa.. JD berlokasi di KL, rumah kakak JD... Subuh2 sebelum matahari tayang muka, JD, my sis n anak buah JD dah terpacak kt Market Keramat. Buat apa??? Kalau dah nak menjelang Ramadhan tuh, apa lagi yer tuan2 dan puan2... Beli barang keperluan ler...
Malas nak cakap banyak..Korang tgk la gambar2 kt bawah nih ek....

My sis dengan anak daranya, sibuk pilih daging... JD jadi pemerhati j...







Meriah betul.. Menjelang 7.00 Pagi, kami dah selesai membeli dan boleh balik rumah... Hahaha


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin