Wednesday, June 15, 2011

Kenangan Terindah – Sememangnya Ia Hanya Tinggal Kenangan

Hari ini, setahun yang lalu.. kita mulakan lakaran indah dalam hidup kita dengan satu ikrar janji setia. Tidak mahu, tidak tahu, aku ketika itu seakan2 cuba menafikan kehadiran kamu yang memohon izin untuk meniti dalam hidup aku. Hanya kerana kecewa masa lalu. Tapi keyakinan kamu, kesungguhan itu, buat aku kemudiannya menggangguk tanda menerima hadirnya kamu dalam hidup aku.

Tapi hari ini, setahun selepas tarikh dan saat indah itu, aku cuma mampu mengenang, mengenang kembali saat indah itu. Menyusur kembali satu persatu kenangan indah kita. Aku akur dengan ketentuanNya, aku redha dengan segalanya. Impian indah itu bukan lagi milik kita. Dengan ikrar janji, kita kuburkan rasa itu, kita padam impian agung itu. Takdir Ilahi, kita bukan ditakdirkan untuk satu sama lain. Untuk sekali ini, izinkan aku mencoretkan memori indah itu, sebagaimana abadinya kisah Laila dan Majnun juga bagaimana tragisnya cinta Romeo dan Juliet.

Kenapa ya, kita mengambil masa yang terlalu lama untuk jatuh cinta. Itulah namanya takdir, Tuhan meniupkan rasa kasih itu hanya sesudah usia kita melebihi angka 30, bukan tujuh tahun yang lalu, bukan sepuluh tahun yang lalu, bukan lima belas tahun yang lalu.

Saat kita menyusun kisah indah penuh warna, jarak tidak mampu menafikan kasih kita. Owhh.. Aku harus ucapkan terima kasih kepada teknologi. Teknologi banyak membantu sebenarnya… Jarak cuma secebis halangan yang kita yakini tidak mampu menghalang jalinan kasih kita. Itu kebenarannya. Saat itu, aku sendiri merasakan aura senyuman aku bukan sekadar senyuman. Tapi ianya senyuman kebahagiaan. Dari tutur, tawa dan nada suaramu, aku mengerti, ia nada bahagia. Bahagia yang katamu tidak pernah kau rasa. Aku bahagia menjadi sebahagian dari bahagiamu. Terlalu bahagia. Terima kasih untuk kamu kerana detik2 indah itu. Sesungguhnya saat itu aku seolah2 pasti, bahagia itu akan menjadi milik mutlak aku. Tanpa kompromi!

Tapi aku lupa, takdir itu ditangan Yang Esa. Aku, kamu, dia ataupun mereka cuma pelengkap kepada takdir Ilahi itu sendiri. Lalu, setelah sekian lama menyusun kisah suka, menganyam bahagia gembira. Tuhan mentakdirkan bahagia itu bukan milik kita. Bermula episod duka, Tuhan ambil semula sebahagian dari bahagia itu. Aku terpana, engkau terluka. Namun, jauh disudut hati, harapan itu masih berbunga, kerna aku yakin akan kasih itu, kerna aku percaya akan sayang itu. Keyakinan tetap aku tanamkan walaupun hanya dalam diam.

Namun, luh mahfuz kita masing2, mungkin tidak tercatat akan bersatunya kasih kita, akan terikatnya janji kita. Lalu, Tuhan mengakhirinya setelah sekian lama kita bertahan. Takdir itu, ianya belum mampu aku telan kesemuanya. Takdir itu, belum mampu aku cernakan sebaiknya. Untuk kamu, ianya mungkin bukan satu episode paling duka dalam hidup, tapi bagi aku, aku hanya perlu satu minit untuk menyukai kamu, hanya perlukan 5 minit untuk jatuh cinta padamu, tapi aku tidak tahu, berapa lamakah masa yang akan aku ambil untuk melupakanmu. Mungkin seminggu, mungkin setahun atau mungkin juga seluruh riwayat hidup aku. Aku hampir pasti, aku tidak ada jawapan untuk persoalan itu.

Kamu minta aku, mengenangi kisah kita sebagai kenangan terindah dalam hidup. Itu sudah pasti. Kamu, anugerah terindah dari Allah untuk aku. Kamu, kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup aku. Kamu, episod teragung dalam tahun2 riwayat hidup aku. Kerana itu, tidak akan pernah ada sedikit pun rasa benci itu dihati ini. Tidak akan pernah ada sekelumit pun dendam untuk kamu. Tidak akan wujud walaupun segumpal amarah buat kamu. Aku cuma mahu meningati kamu sebagai yang terindah, yang terbaik, yang abadi yang akan aku muatkan dalam diari kecil dalam hati ini. Maaf, aku tidak mampu untuk membuang kenangan itu jauh2. Tanda yang kamu tinggal sangat terkesan, sangat berkesan. Biarkan kesan itu terus unggul disitu. Biarkan....

Ini takdir kita... Menyayangi, mengasihi, tapi kita tidak mampu untuk kesana. Kita tidak mampu untuk mengotakan janji itu, impian agung itu. Lalu, jadilah ia kenangan terindah untuk kita, kenangan abadi untuk hati kita. Buanglah semua memori kita, andai itu yang kamu mahukan. Tapi bagi aku, sampai bila2, kenangan itu abadi. Kenangan itu memori...

Aku tidak tahu, apa kisah perjalanan aku selepas ini. Mengatur langkah tanpa tongkat dan paruh yang selama ini selalu ada disisi. Aku tidak mampu membayangkan arah tujuan tanpa tongkat dan paruh itu. Aku tidak pasti adakah senyuman ini seindah hari2 lalu, seunggul hari2 yang aku lalui denganmu. Sungguh aku tidak pasti. Tapi takdir Tuhan itu indah sebenarnya. Aku akan terus melangkah sehingga sampai ke langkah yang terakhir, insyaallah dengan izinNya. Akan aku cuba melalui pintu2 lain yang masih terbuka walaupun pintu yang satu ini, pintu yang sama2 kita buka dahulunya sudah tertutup rapat... Sudah terkunci.

Inilah hadiah untuk kita... Aku andaikan, hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia, hari kita meraikannya dengan penuh bahagia dan ceria. Rupanya, cuma ini hadiah untuk kita. Coretan ini menjadi hadiah ulang tahun pertama tarikh keramat itu.

Rupanya, inilah takdir kita. Mencintai tanpa mampu bersatu. Menyayangi tanpa mampu melangkah ke fasa yang lebih maju. Cinta itu memaafi, cinta itu mengasihi, cinta itu mendoakan, cinta itu melepaskan, cinta itu tidak semestinya bersatu. Itulah definisi terbaik apa itu cinta buat kita berdua.


JD 'n' Dr Who ~ 15 Jun 2010 ~ 15 Jun 2011

2 comments:

@cu SaYaNg said...

sabar ye sayang...

Jake Daughter said...

Thanks dear... Itu j lagi yang aku mampu buat..Sabar..Sabar n terus sabar...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin