Wednesday, June 29, 2011

Kelas Bahasa - Dah Nak Habis


JD kan masih dalam mood study...
Jadinya, maafkanlah dia... Hahaha
Berlanjutan dari kes tuh...
Dia dah mendaftar untuk kelas Bahasa Inggeris. Kursus dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat...
Kolej nih sangat dekat dgn rumah JD.... Jerit pon dengar, gitulah perumpamaannya bertapa dekat kolej tuh dgn rumah JD...
Kenapa register course tuh??
Sebabnya BI JD sangat lah 'tinggi levelnya', sbb tuh kene masuk kelas semula, nak rendahkan sket levelnya...
Ini kursus pendek j, cuma 8 kelas dengan tiap2 kelas cuma 4 jam setengah. Dan yurannya? Cuma RM10 jer... Murah kn?? Sangat murah...
Masa memula masuk kelas nih, dok tertanya2 bila la nak habis... Sedar2 minggu depan merupakan minggu akhir. Dua kelas j lagi... Pastuh dah boleh grad.... Xoxo... Memang short sungguh kursus nih...
Tapi tkpelah, dapat jugak JD tambah ilmu dalam diri...


p/s: Skrg JD speaking memanjang j.... Dah x pandai dah cakap Melayu.... Huwaaaaa... Nak nanges dgn statement nih.... Huhuhu

Seketika Cuma


if someone comes into your life and
becomes a part of you, but for some
reason he couldn't stay, don't cry
too much...just be glad that your paths
crossed and somehow he made you happy
even for a while... ~ Unknown

Terima Kasih Allah, kerana mengurniakan dia untuk saya walaupun cuma seketika...

Tuesday, June 28, 2011

Boleh Survive X????

Entry nih x perlukan penerangan yang panjang lebar...
Klik gambar untuk besarkan image... Dan kemudiannya, anda nilaikanlah sendiri...

Mampukah???





p/s: Thanks to Farah Hanani sbb share this info...

Sunday, June 26, 2011

PhD??? I'm Not Ready!!!



Sir/Madam,

Invitation to an interview for entry to Postgraduate Programme:
IM990 - DOCTOR OF PHILOSOPHY IN INFORMATION MANAGEMENT (By Research)

Date: 28-6-2011
Time: 9.00 AM
Veneu: General Office. Faculty of Information Management, UiTM Puncak Perdana

Xoxo.. Itulah kisahnya.. Happy dapat invitation sbb bukan semua orang berpeluang mcm JD kn????
Thanks Dr Sazili for the invitation. Tapi JD x attend kot interview tuh.. Tidak buat masa sekarang, mungkin ya 2-3 tahun mendatang... Siapa tahu kan??? Memang sedap bunyinya bila dipanggil "Dr Hasnida". Tapi JD tau tahap dan kemampuan diri.. Lagipun, rambut2 JD yang luruh during Master dulu pon blom tumbuh balik lagi... Huhuhu... Dan kesimpulannya.. I'm not ready yet for all this things...
Insyaallah lain kali kot...

Selasa nih, bukan rezeki JD rasanya...


Wednesday, June 22, 2011

Krisis Air Lembah Kelang

Untuk kawan2 yg berada di sekitar kawasan tersenarai di bawah ini...
Bertabahlah yer...
Pemotongan bekalan akan bermula seawal 8 pagi tadi dan bakal berakhir 48 jam kemudian. For those who are affect with this matter, please be prepared.


KUALA LUMPUR

Bukit Kiara; Royal Selangor Club; Bukit Kiara Resort; Bukit Kiara Sports Complex; National Science Complex; National Institute of Public Administration; Securities Commission; Sime Darby Convention Centre; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1-12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; and Taman Seri Beringin.


HULU SELANGOR DISTRICT

Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Industrial Zone Kundang; and Bandar Tasik Puteri.


GOMBAK DISTRICT

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Industrial Park Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; and Medan Putra.


PETALING DISTRICT

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima, PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17; Seksyen 17A; Seksyen 19-22; SS1-SS9 Kelana Jaya; SS20-SS26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); all of Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa and Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Bukit Rahman Putra Industrial Area; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11-14 and 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala; Bukit Lanjan; all of TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); and Flora Damansara (PJU 8).

Ramadhan Hampir Tiba Lagi

Tiba2 dengar korus lagu 'Kenangan Terindah'.. Itu bermakna my maxis is ringing... Tertera nama my sista di screen...


A: Hello haa.... achik... awat?
B: Xdak apa, saja call, nak tanya hang pasai buat baju.
A: Baju apa?
B: Dak... Aku nak tempah baju raya...
A: Uih... Dah nak buat baju raya dah???
B: Dah la, lagi sebulan lebih j nak puasa dah la dik...

(Perbualan berlarutan sehingga hampir 30 minit...)


Oppsss.... Ramadhan dah nak tiba??? Pantasnya masa berlalu....
JD blur jap.....

Tuesday, June 21, 2011

Pernahkah Sekali Kita Memahami Alam?


Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya mudah:
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

Friday, June 17, 2011

Momen Indah : Dah Bole Konvo


Entry in pendak saja..

Hari ini, 17 June 2011,
JD disahkan telas lulus dan layak untuk menerima segulung Ijazah Sarjana

Master in Knowledge Management
from
University Technology MARA

Alhamdulillah, segala penah lelah selama ini telah terbayar... Terima kasih Allah. Terima kasih untuk semua ahli keluarga dan semua rakan2 yang banyak membantu JD menyelesaikan hutang ini. X lupa juga untuk kamu, walaupun kamu cuma tinggalkan kenangan, terima kasih diucapkan kerna pernah menjadi tempat untuk JD mengadu sepanjang pengajian JD.
Terima kasih semua!!!

Wednesday, June 15, 2011

Kenangan Terindah – Sememangnya Ia Hanya Tinggal Kenangan

Hari ini, setahun yang lalu.. kita mulakan lakaran indah dalam hidup kita dengan satu ikrar janji setia. Tidak mahu, tidak tahu, aku ketika itu seakan2 cuba menafikan kehadiran kamu yang memohon izin untuk meniti dalam hidup aku. Hanya kerana kecewa masa lalu. Tapi keyakinan kamu, kesungguhan itu, buat aku kemudiannya menggangguk tanda menerima hadirnya kamu dalam hidup aku.

Tapi hari ini, setahun selepas tarikh dan saat indah itu, aku cuma mampu mengenang, mengenang kembali saat indah itu. Menyusur kembali satu persatu kenangan indah kita. Aku akur dengan ketentuanNya, aku redha dengan segalanya. Impian indah itu bukan lagi milik kita. Dengan ikrar janji, kita kuburkan rasa itu, kita padam impian agung itu. Takdir Ilahi, kita bukan ditakdirkan untuk satu sama lain. Untuk sekali ini, izinkan aku mencoretkan memori indah itu, sebagaimana abadinya kisah Laila dan Majnun juga bagaimana tragisnya cinta Romeo dan Juliet.

Kenapa ya, kita mengambil masa yang terlalu lama untuk jatuh cinta. Itulah namanya takdir, Tuhan meniupkan rasa kasih itu hanya sesudah usia kita melebihi angka 30, bukan tujuh tahun yang lalu, bukan sepuluh tahun yang lalu, bukan lima belas tahun yang lalu.

Saat kita menyusun kisah indah penuh warna, jarak tidak mampu menafikan kasih kita. Owhh.. Aku harus ucapkan terima kasih kepada teknologi. Teknologi banyak membantu sebenarnya… Jarak cuma secebis halangan yang kita yakini tidak mampu menghalang jalinan kasih kita. Itu kebenarannya. Saat itu, aku sendiri merasakan aura senyuman aku bukan sekadar senyuman. Tapi ianya senyuman kebahagiaan. Dari tutur, tawa dan nada suaramu, aku mengerti, ia nada bahagia. Bahagia yang katamu tidak pernah kau rasa. Aku bahagia menjadi sebahagian dari bahagiamu. Terlalu bahagia. Terima kasih untuk kamu kerana detik2 indah itu. Sesungguhnya saat itu aku seolah2 pasti, bahagia itu akan menjadi milik mutlak aku. Tanpa kompromi!

Tapi aku lupa, takdir itu ditangan Yang Esa. Aku, kamu, dia ataupun mereka cuma pelengkap kepada takdir Ilahi itu sendiri. Lalu, setelah sekian lama menyusun kisah suka, menganyam bahagia gembira. Tuhan mentakdirkan bahagia itu bukan milik kita. Bermula episod duka, Tuhan ambil semula sebahagian dari bahagia itu. Aku terpana, engkau terluka. Namun, jauh disudut hati, harapan itu masih berbunga, kerna aku yakin akan kasih itu, kerna aku percaya akan sayang itu. Keyakinan tetap aku tanamkan walaupun hanya dalam diam.

Namun, luh mahfuz kita masing2, mungkin tidak tercatat akan bersatunya kasih kita, akan terikatnya janji kita. Lalu, Tuhan mengakhirinya setelah sekian lama kita bertahan. Takdir itu, ianya belum mampu aku telan kesemuanya. Takdir itu, belum mampu aku cernakan sebaiknya. Untuk kamu, ianya mungkin bukan satu episode paling duka dalam hidup, tapi bagi aku, aku hanya perlu satu minit untuk menyukai kamu, hanya perlukan 5 minit untuk jatuh cinta padamu, tapi aku tidak tahu, berapa lamakah masa yang akan aku ambil untuk melupakanmu. Mungkin seminggu, mungkin setahun atau mungkin juga seluruh riwayat hidup aku. Aku hampir pasti, aku tidak ada jawapan untuk persoalan itu.

Kamu minta aku, mengenangi kisah kita sebagai kenangan terindah dalam hidup. Itu sudah pasti. Kamu, anugerah terindah dari Allah untuk aku. Kamu, kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup aku. Kamu, episod teragung dalam tahun2 riwayat hidup aku. Kerana itu, tidak akan pernah ada sedikit pun rasa benci itu dihati ini. Tidak akan pernah ada sekelumit pun dendam untuk kamu. Tidak akan wujud walaupun segumpal amarah buat kamu. Aku cuma mahu meningati kamu sebagai yang terindah, yang terbaik, yang abadi yang akan aku muatkan dalam diari kecil dalam hati ini. Maaf, aku tidak mampu untuk membuang kenangan itu jauh2. Tanda yang kamu tinggal sangat terkesan, sangat berkesan. Biarkan kesan itu terus unggul disitu. Biarkan....

Ini takdir kita... Menyayangi, mengasihi, tapi kita tidak mampu untuk kesana. Kita tidak mampu untuk mengotakan janji itu, impian agung itu. Lalu, jadilah ia kenangan terindah untuk kita, kenangan abadi untuk hati kita. Buanglah semua memori kita, andai itu yang kamu mahukan. Tapi bagi aku, sampai bila2, kenangan itu abadi. Kenangan itu memori...

Aku tidak tahu, apa kisah perjalanan aku selepas ini. Mengatur langkah tanpa tongkat dan paruh yang selama ini selalu ada disisi. Aku tidak mampu membayangkan arah tujuan tanpa tongkat dan paruh itu. Aku tidak pasti adakah senyuman ini seindah hari2 lalu, seunggul hari2 yang aku lalui denganmu. Sungguh aku tidak pasti. Tapi takdir Tuhan itu indah sebenarnya. Aku akan terus melangkah sehingga sampai ke langkah yang terakhir, insyaallah dengan izinNya. Akan aku cuba melalui pintu2 lain yang masih terbuka walaupun pintu yang satu ini, pintu yang sama2 kita buka dahulunya sudah tertutup rapat... Sudah terkunci.

Inilah hadiah untuk kita... Aku andaikan, hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia, hari kita meraikannya dengan penuh bahagia dan ceria. Rupanya, cuma ini hadiah untuk kita. Coretan ini menjadi hadiah ulang tahun pertama tarikh keramat itu.

Rupanya, inilah takdir kita. Mencintai tanpa mampu bersatu. Menyayangi tanpa mampu melangkah ke fasa yang lebih maju. Cinta itu memaafi, cinta itu mengasihi, cinta itu mendoakan, cinta itu melepaskan, cinta itu tidak semestinya bersatu. Itulah definisi terbaik apa itu cinta buat kita berdua.


JD 'n' Dr Who ~ 15 Jun 2010 ~ 15 Jun 2011

Monday, June 13, 2011

Andai Luh Mahfudz Bisa Dilihat


Ya Allah,
Seandainya dia memang tidak tertulis di dalam Luh Mahfudz ku sejak azali, Kau jauhkanlah dia dari diriku, hapuskanlah rasa kasih, sayang dan cinta yang melebihi rasa cinta kasih dan sayang sesama Islam. Hindarkanlah dia dari terus dekat dengan diri ini. Jauhkan pandangan mata ini dari terus memandangnya.

Namun begitu Ya Allah,
Seandainya sememangnya dia yang tertulis di dalam Luh Mahfudz ku sejak azali, Kau kekalkanlah rasa cinta, kasih dan sayang yang sedia wujud dalam hati ini. Sentiasalah dekatkan dua hati kami.

Bantulah aku Ya Allah, Tabahkanlah hatiku Ya Allah.

Amin ya Rabbal Alamin.


Friday, June 3, 2011

Hukum Cinta



Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah:
Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Pahrol Mohd Juoi

Thursday, June 2, 2011

Tetamu Kecil Di Pejabat


Wah..
Dah masuk Jun la... Sedar x sedar j... Dah masuk bulan ke-6 2011... Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara nikmat Allah...

Ok, let's story... Beberapa hari lepas, meja JD dikejutkan dengan kehadiran tetamu... Cantik.. JD suka tengok gelagatnya...

Tetamu tuh adalah seekor Pepatung, Pepatung nih masuk kategori mana ek?? Serangga k?? Sorry Paper Sains JD failed ler... Hahaha....

Lama tetamu nih bertenggek di bekas stationary JD.... JD biarkan ajer... Dah lama2, geram plak menengoknya... JD cuba sentuh, tapi terbang plak dia melarikan diri.... Nasib baik sempat JD snap beberapa keping foto Cik Pepatung nih....

Emmm... Indahnya ciptaan Ilahi...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin