Wednesday, May 18, 2011

Pengalaman2 Bekerja JD


Esok secara rasminya JD akan mula masuk opis... Xde skip2 dah... Kerja..Kerja..Kerja... That's all.. Sempena secara rasminya JD masuk keje esok... JD nak singkap balik Kerja2 yang pernah JD lakukan sampai la yg the latest skrg nih.



1. Operator Pengeluaran aka Keje Kilang (Sekitar tahun 1998-1999)

Ini pengalaman pertama JD bekerja, masa nih umur JD baru 20 tahun. tu kira umur lambat la untuk mula bekerja. ada yang umur 18 dah mula keje... ada jugak yg tak tamatkan persekolahan dan memilih untuk bekerja. JD bangga tau sbb ini pekerjaan pertama JD.
Keje Kilang adalah kerja pertama JD buat. Pengalaman pertama JD dalam dunia pekerjaan. Sangat kool. Dapat duit 6-7 ratus sebulan dah rasa banyak. Maklumla 1st time dapat gaji. Duit gaji tuh JD buat mcm2, beliapa yang JD nak.. Dan x lupa menyimpan sbb JD ada sasaran lain sebenarnya dalam life JD.
Masa tuh JD keje kat Kilang bertajuk NIKKO ELECTRONIC Sdn Bhd. Sebuah company Dr Jepun yang buat toys. Terus terang, JD mcm serik keje mcm nih.. Normal working hour adalah 8-5. Wahh, dah mcm keje opis plak kan. Tp itu la hakikatnya. Itu normal hour. Kekadang kami DIWAJIBKAN ot 2 jam sampai 7 malam. Dan yang lagi ngeri, kekadang kami OT WAJIB sampai jam 9 malam dan Sabtu Ahad adalah HARI WAJIB OT juga untuk kami. Sabtu Ahad selalu sampai jam 3 atau 5 j la. Penat...Memang penat. Beart badan JD pon x naik2 langsung. Dok kt situ j... Kalau x 40kg, 39... Giler keding. Ngeri memikirkannya!
Resign pada tahun 1999. Sebabnya? JD dapat masuk Universiti... Yeayyyy.... Dah set dalam kepala, aku xmau dah keje teruk mcm ni. Pasnih aku nak jadi boss! Perasan betul!!!



2. Pembantu Perpustakaan (Pelatih) - (Penghujung 2002)

Course yang JD ambik memerlukan JD melakukan latihan praktikal. Cari punya cari, akhirnya JD jadi pelatih di Perpustakaan Filem Negara Malaysia. Kool. JD suka library nih. Best sbb banyak buku2 bergambar kt sini. Isi kandungan buku2 pon banyak pasal filem dan dunia artis... Almaklumlah. Library Filem.
Kat sini JD mula nampak how government staff bekerja. Rutin 8-5 dah jadi kebiasaan.
Resign? X resign, cumanya tempoh latihan praktikal dah tamat j...



3. Pembantu Takdir Sambilan - (Awal 2003)

Dah habis study, tapi blom grad, blom konvo. Jadinya bila ada pluang2 mcm nih, JD ambik la. Kutip pengalaman sebagai modal untuk JD lepas2 nih.
JD jadi PTS kt Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Institut ni sediakan kursus2 untuk pegawai2 diplomatik. Dealing with high ranking people la JD masa nih sbb JD ditempatkan di Perpustakaan IDHL.
Banyak pengalaman yg JD kutip. Alhamdulillah semua tuh mematangkan JD.Walaupun xlama JD kt sini, sekitar 3-4 bulan j. Tp it's kool. Banyak yang JD pelajari.
Resign? Xjugak.. Berhenti sbb kontrak dah habis la....



4. Pekerja Khidmat Singkat - (Pertengahan 2003)

Sekali lagi JD mula keje. Bukan keje tetap, tp kontrak. Kali nih JD bekerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Job spec JD? Dah mcm IT person. JD dipertanggungjawabkan untuk menyediakan report dan statistik kebakaran di seluruh Malaysia. Oppss, bukan kebakaran j, semua sekali job spec bomba, tangkap ular k, bantuan kemalangan k, bantuan banjir k... Apa saja, dan report tuh adalah di bawah tanggungjawab JD. Repot mingguan, bulanan dan tahunan.
Waktu kerja? Sangat fleksibel. JD kerja 5 jam j sehari. Best!!!!
Pengalaman baru untuk JD. Memang menarik. Dah mcm orang penting plak sbb boss akan cari kita kalau nak report atau apa. Kene marah pon selalu. Hehehe
Resign? Yup, bak nak masuk 3 bulan JD keje kt situ, lepas j JD konvo, JD dapat offer keje. Kali nih keje tetap.



4. Information Officer (Pertengahan hingga penghujung 2003)

Ini kerja pertama JD lepas habis study and selling my degree. Alhamdulillah, lebih kurang sebulan j lepas konvo, JD dah dapat kerja. Dimana??
JD menjawat jawatan Information Officer di Institut of Training and Development (MITD). Sebuah company yang menyediakan kursus2 profesional.
Job spec JD? Keje private nih multi tasking. JD adalah Librarian, JD adalah IT person.. JD jugak bt admin... Penat...
Penat satu hal. Layanan bos pon satu hal. Diskriminasi satu hal. Diskriminasi apa?? Susah nak cerita kt sini. Sensitif!!!! Bayangkan, ada another girl report duty sama dgn JD. Dia ada Diploma j, but i'm selling my degree. Sama2 fresh graduate. Tp dia dapat payment berganda dari JD. JD cuma dapat sekitar RM1500 sebulan, dia plak.. U all kira la sendiri yer... Diam2 JD apply keje lain.
Resign? Resign la sbb dapat keje yg lagi best. Gaji pon best. Jaminan pon best. Lebih kurang 6 bulan j JD kt sini... Masih ingat lagi JD dioffer dengan gaji yg berganda2 hanya kerana boss nak suruh JD stay. Kalau mata duitan mmg la tunggu sbb offer lumayan. Tp bila diingatkan balik kita yang dianaktirikan dan di diskriminasi. Sorry dear... I x minat dgn offer lumayan u tu!!!



5. Librarian (Januari 2004 - current)

I'm selling my degree. Sbb tu JD dapat keje nih. Keje dimana? Keje dengan Kerajaan Malaysia. Menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan. Best k? Alhamdulillah, JD bahagia walaupun x kaya raya.
The sweetest thing happen in my career bilamana JD berjaya dapat Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2007 dan jugak JD berjaya dalam permohonan JD nak sambung my master. Dengan tajaan Kerajaan Malaysia lagi. Thanks to semua yg support JD. Jadinya, lepas 2 tahun JD cuti belajar, esok JD akan balik bekerja semula....
Sedar x sedar, dah lebih 7 tahun JD bergelar Kakitangan Kerajaan. Huh cepatnya masa berlalu!!!

Itulah kisah dunia pekerjaan JD.. X banyak pon pengalaman JD, tp alhamdulillah, semua tu mematangkan JD...

2 comments:

absolutely emy said...

Apa2 pun Tahniah.. :)
Banyak kan cabaran bekerja nih..

Jake Daughter said...

Thanks Emy.. Keje mmg banyak cabaran... Keje dealing with people.. Study plak just dealing with ourself...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin