Sunday, April 10, 2011

Kita Tidak Punya Hak Langsung


Tuhan menciptakan sesuatu itu dengan keunikannya yang tersendiri..
Sekecil2 benda yang diciptakan Allah.... Akan ada keunikannya... Sementalah lagi apabila Tuhan menciptakan manusia...

Jadinya, bila kita perharikan di sekeliling kita, dapat kita lihat kepelbagaian manusia.. Ada yang cerah kulitnya, ada yang sawo matang dan ada juga yang sedikit gelap. X perlu kita lihat di seluruh dunia, dalam negara kita sendiri dah memadai... Cuba bandingkang bangsa Melayu, Cina dan India... Berbeza2 bukan?? Tidak perlu membandingkan 3 bangsa utama itu.. Cukuplah bandingkan bangsa Melayu itu sendiri, ianya sudah cukup berbeza kan??? Bentuk mata, warna kulit, bentuk hidung sampailah kepada warna rambut... Sangat berbeza...

Cantik?? Kacak?? Itu persoalan yang selalu kita dengar.. Biasa...
Kita selalu menilai sesuatu dari mata kasar kita, dari pandangan kita. Dia cantik..Orang tuh kacak... Dia x lawa, si A tuh x cukup tinggi, x menarik.... Mcm2 lagi komen yg selalu kita dengar... Owhh x lupa juga... Ayat ini... Gemuknya dia... X cantik la!!!!

Tetapi sedarkah kita.. Kita sebenarnya tidak layak untuk mengukur tahap cantik atau tidak seseorang itu.. Tahap kacak atau tidak lelaki2 yg berada di depan mata kita... Kerana, semua itu ciptaan Tuhan. Tuhan menjadikannya begitu, bersebab.. Dan ketahuilah bahawa setiap orang itu punya keunikan dan kecantikannya yang tersendiri...

Oleh itu, kita sebenarnya tidak punya hak langsung untuk menilai...

TITIK!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin