Monday, January 31, 2011

Xde Kena Mengena.. Ke Ada, Tp JD yang Tak Perasan???


Hahaha...
Memula sekali JD nak gelak lah... Bukan apa..Lepas korang baca entry nih.. Mesti korang gelak...

Kisahnya..
Tadi pg tailor.. Konon nak tempah baju baru...
Almaklumlah.. X lama lagi JD dah nak masuk opis balik...
Tu yg pulun sakan tempah baju baru tuh
Nak2 plak baju2 kurung JD dah out of date la...
Lagipun JD ada empat helai kain pasang yang blom tempah...
Huhuhu..

Kisahnya... Sampai2 j kedai yang JD maksudkan...
Tutup la plak...
JD call la... Nak kan kepastian, kenapa kedai tutup... Nak kata awal lagi.. Jam dah nak pukul 3 petang...
Bila phone diangkat, JD tanya la... Kenapa kedai tutup...
U all rasa apa jawapan adik nih???

"Sorry la kak... Kedai x bukak hari nih... Hujan..."

Hahaha...
Relevan x alasan yg diberi???
Hentam j la dik oiii...
Janji bahagia...

Sudahnya, plan JD nak hantar baju hari nih terbatal la...
Besok plak la JD pg jenguk2...
Kot2 ada rezeki JD nak tempah baju baru....



Tuesday, January 25, 2011

Kalau Kamu Punya Ibu


Entry kali ini.. Khas buat mereka yang masih punya ibu...
Entry ini tidak panjang...
Cukup pendek kerana ianya cuma satu pesanan...

Andai kamu masih punya ibu...
Bahagiakan dia selagi terdaya...
Andai kamu masih punya ibu..
Tolong jangan sakiti hatinya
Andai kamu masih punya ibu...
Berbaktilah padanya
Andai kamu masih punya ibu..
Dahulukan dia dari apa segala yang lain...

Kerna..
Kelak bila kamu sudah ketiadaannya..
Baru ketika itu kamu mahu sedar
Baru ketika itu kamu mahu menyesalinya
ITU SUDAH TERLAMBAT..
Ketika itu nanti...
Cuma penyesalan yang mampu kamu rasakan...
Percayalah wahai teman...

Secebis pesanan dari:
Insan yang sudah tidak punya ibu

Monday, January 24, 2011

Kita Hanya Merancang... Tapi Takdir Tuhan itu Indah...


Takdir Tuhan itu indah
Dugaan Tuhan itu juga indah..

Seringkali kita lupa
Bahawa semua ketentuan Tuhan itu ada keindahan disebaliknya...

Kita, hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan
Benar... Sehebat mana pun perancangan kita
Lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita

Tapi Tuhan tidak menyuruh kita hanya berserah... Menanti sahaja apa yang bakal berlaku...Tuhan anugerahkan kita akal fikiran... Tuhan anugerahkan kita kudrat tenaga...
Untuk apa?? Itu untuk kita berusaha, berusaha mencorak dan menentukan masa depan dan kehidupan kita...
Oleh itu, wahai diri.. Berusahalah untuk dirimu...
Berjuanglah untuk dirimu
Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri kamu sendiri

Rezeki kita, datangnya dari Allah
Bukan dari mereka
Hidup kita kerana Allah
Bukan kerana mereka
Kejayaan kita dunia akhirat, itu jua dengan izin Allah
Bukan mereka...

Ingatlah, kita punya YANG MAHA KUASA....
Itu, tiada siapa yang mampu menyanggahnya...





Thursday, January 20, 2011

20 Januari 1987


Pada tarikh ini, 24 tahun yang lalu, aku kehilangan ayah tercinta...
Hari ini...
Hanya panjatan doa yang mampu aku sedekahkan untuk arwah
Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Al-Fatihah...

Jakeria bin Aman
1936 - 1987

Saya Sayang Ayah Saya


Monday, January 17, 2011

Benarkah??


"If you love someone, set them free. If they come back their yours.

If not, they never were"


Adakah ungkapan ini relevan????




Sunday, January 16, 2011

Berbasikal Di Taman Botani

Semalam.. JD mulakan hujung minggu JD dengan satu xtvt sihat...
Alamklumlah.. Skrg nih JD mcm x cukup oksigen j...
Ye lah... Assignment berlungguk2... Discussion lg...
Mmg mereng lah....
Huhuhu

Jadinya JD smulakan la hujung minggu JD dengan xtvt berbasikal di Taman Botani Putrajaya...
Keluar la peluh sikit....
JD kesana ditemani 2 org bodyguard...
Hehehe...
Bayarannya? Xde la mahal sgt.. Sebuah basikal dengan kadar RM4 untuk satu jam... Setiap jam berikutnya kene tambah RM3...
Kami menunggang satu jam j...

Lepas berbasikal...
Minda pon relax sket...Tapi oksigen masih rasa x cukup...
Huhuhu....

So u all layan j la ek gambar2 kt bawah nih...









Friday, January 14, 2011

Al-Fatihah... JD Rindu Mak...


Semalam
13 Januari 2011
Genap 25 tahun kepulangan ibu tercinta ke rahmatullah..
Al-Fatihah untuk arwah ibu JD
Semalam jugak... JD mengalirkan airmata.. Airmata rindu...
Rupanya dah 25 tahun JD x pernah panggil MAK...
Mahalnya perkataan tuh untuk JD...

Mak... JD rindu mak...
Mcm mana JD nak ubati kerinduan JD tuh???
JD sebak bila fikirkan semua nih...

Mak...Kalau mak ada kan boleh JD jadikan tempat mengadu...
Kan boleh JD tumpang bahu mak buat melepaskan lelah dna tangisan...
Tapi mak xde.... JD xde sesape nak mengadu....

Mak...
JD rindu mak....

Cuma doa dan sedekah al-fatihah yang mampu JD berikan untuk mak....
Al-Fatihah...

Mak....
JD rindu mak....

Thursday, January 13, 2011

Sudah Ada Gading Bertuah

Semalam... JD pg mendapatkan gading baru...
jadinya tanduk lama itu sudah JD let go n buang jauh2...
Ewahhh
Bahasa.... Dengar mcm bagus j...

Xlah..Sebenarnya semalam JD pg dapatkan HP baru...Bukan apa.. Yang lama dah masuk kategori warga emas...Tu yg kene pg cari yang baru tuh...
Dan hasilnya...
Tgk la ek...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



JD berjaya merembat Nokia C3 bersama2 NOKIA Music Express 5130...
Ish3....


Alhamdulillah...
Rezeki Allah untuk JD...



Wednesday, January 12, 2011

Happy Birthday


12 Januari 1961 - 12 Januari 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
untuk yang diraikan

MOHD ARSHAD JAKERIA

Semoga sentiasa dirahmati Allah, berbahagia disamping keluarga tercinta dunia akhirat...
Tahniah sbb dah melangkah masuk ke angka 50...

LOVE YOU BROTHER
Terima kasih sbb selama ni x pernah jemu, x pernah mengeluh untuk menjadi abang, ayah, superhero dan angel dalam kehidupan seoarang kanak2 yang kini sudah cukup dewasa..
Terima kasih kerana sejak 24 tahun yang lalu.... Sudi membela nasib seorang kanak2 yang telah kehilangan kedua ibu bapanya...
Kanak2 perempuan itu kini sudah mampu berdiri diatas kakinya sendiri...
Sudah cukup dewasa untuk merencanakan masa depannya
Dia juga kini sudah mampu tersenyum dengan kejayaan yang dikecapinya...

TERIMA KASIH



Monday, January 10, 2011

Bukan Cuma Kita.. Tapi, Masih ada Mereka


Kamu,
Dunia ini luas
Tuhan ciptakan dunia seluas-luasnya...
Tuhan ciptakan dunia seluasnya
Tuhan mahu kita mengecapi indahnya bumi ciptaannya

Kamu,
Pertemuan itu mengikat kita
Perjanjian hati itu penyambung kita
Lalu,
Kita meniti bersama indahnya dunia

Kamu
Dunia ini bukan hanya ada kamu dan aku
Masih ada mereka.. Mereka dan juga mereka...
Lantas Tuhan mahu kita berlaku adil pada sekaliannya
Kerna, mereka jugak berhak merasa indahnya dunia

Lantas, Tuhan ingatkan kita
Supaya sedar akan kewujudan mereka
Caranya, Tuhan terus terusan menduga kita
Tuhan mahu menguji kita
Adakah kita akan tamak menjulang cuma hak kita
Sedang, disisi kita... Mereka yang lain juga mahukan yang sama

Kamu
Lantas, kita harus bentangkan bahagia itu
Biar seisinya juga merasa bahagia
Biar seisinya juga tersenyum bahagia
Walau
Tika itu, kita mungkin tersenyum dengan luluh rasa

Percayalah wahai kamu
Luluh rasa itu akan terubat jua
Kerna suatu hari...
Pasti akan terpamir senyum bahagia anugerahNya di bibir kita....
Percayalah,
Itu janjiNya



Wednesday, January 5, 2011

New Look, New Energy... For A New Year...

JD dah korbankan rambut JD...
Dah pendek mencecah bahu...
Lalala...
Saja j... Nak create new look and new mood....
And now... I feel good....
Awesome....


Dah Dapat


Ok.. Semalam JD dah dapat my first assgmnt... How sweet... Huhuhu
Sabo j ler... Dateline pada 11 Januari 2011..
JD.. Sila buat ek... Jangan malas2....
Ok Boss!!!!

p/s: JD akan cuba jadi serajin mungkin..

Tuesday, January 4, 2011

Minyak oh Minyak

Semalam JD ke Econsave Sungai Buloh... Ke sana dengan tujuan nak beli sket2 barang dapur n barang2 yang my sista kirim...
Skrg kan krisis minyak... teruk betul...
Masa kt sana, dari jauh JD tengok banyak j minyaknye...Sampai2 dekat.. Cis... Xde langsungminyak sawit... Yang ada cuma minyak jagung n minyak kacang dan minyak2 yg senagkatan dengannya...
Harganya mionyak2 nih pon jauh lebih mahal dari minyak sawit...

JD pelik la... Kalau difikir2kan... Malaysia nih bersepah dengan ladang kelapa sawit...
Mcm mana plak minyak bole xde kan???
K nih konspirasi nak naikkan harga minyak dimana sblm nih... 'kembar' kepada minyak iaitu gula dah naik harga... Tapi minyak masak x naik harga...
Emmm... JD agak la kan.. Mesti ada konspirasi nak naikkan harga nih...
Kita tunggu dan lihat j....

p/s: My sista dah ugut2.. Nak goreng ayam dgn planta.. Huhuhu... Sabo j ler...

Saturday, January 1, 2011

Goodbye 2010, Hello 2011 and Happy Birthday JD


Selamat Tinggal 2010, JD mahu tinggalkan segala kelukaan nun jauh disana... JD cuma ingin bawa cebisan2 gembira ke tahun 2011... Semoga peristiwa2 2010 mampu menguatkan lagi semangat JD untuk menempuh 2011...Selamat datang 2011. JD memanjatkan doa semoga 2011 terus terusan memberi sinar kepada JD. Semoga kita semua ceria gembira di tahun 2011.. Di murahkan rezeki, dianugerahkan segala kebaikan sepanjang 2011 dan tahun2 seterusnya...




SELAMAT ULANG TAHUN JD...
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-33... Ehhh, JD dah 33 tahun??? Alahmdulillah... Tuhan izinkan JD melangkah setahun lg. Mudah mudahan Allah murahkan rezeki JD dalam semua perkara.. Pelajaran, Kerjaya, Jodoh juga... Semoga semuanya mudah bt JD di tahun 2011 dan tahun2 seterusnya...
Amin.. InsyaAllah....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin