Wednesday, December 22, 2010

Result dan Semester Baru


Alahai...JD rasa baru j mulakan cuti sem.. Tetiba semester baru dah nak mula... Alamak... Bermula semester baru...Bermakna result exam JD dah dapat la???

Iyer.. Dah dapat result dah... U all nak tau k??? Merudum jugak la result JD sem nih.... Semester nih merupakan semester yang paling teruk untuk JD... Sedihkan???

Takpelah.. Dah itu j rezeki JD.... Tp JD mmg menghadapi sedikit kesulitan semester nih.. Baik dr segi emosi mahupun keadaan sekeliling... Semester nih... Ada j yang x kena.. Ada j yang x betul. Tapi JD x salahkan keadaan atau sesiapa pun. JD terima j semua dengan hati yang terbuka... Life must go on... JD dah usaha... JD dah cuba bt yang terbaik semampu JD... So, inilah yang Tuhan anugerahkan untuk JD berkat usaha JD selama ini. Alhamdulillah. Orang2 yang rapat dengan JD tentu tahu kesukaran JD semester ni... Airmata, emosi... Semuanya seiring dan sejalan. Tuhan duga JD di saat JD hampir ke penghujung semester. Alhamdulillah, walaupun x sebaik semester 1 dan 2, JD tidaklah sampai jatuh tersungkur dan terpaksa memulakan semula langkah baru. Alhamdulillah, dalam kesukaran melawan emosi dan perasaan. JD tetap berjaya meneruskan langkah JD ke semester berikutnya....
Alhamdulillah...
Terima Kasih Allah...

Sebut pasal semester baru.... Insyaalalh, 3 Januari 2011, JD akan memulakan semester baru JD... Semester ke-4 JD... Dan insyaAllah, ini adalah semester akhir JD... Lepas nih, JD akan kembali bertugas... Dimana? Kemana? Itu belum diketahui lagi.

Semester baru.... Kali nih sekali lagi JD carry 3 subjek. JD memilih untuk TIDAK BT RESEARCH... Kenapa? Sbb JD x yakin dengan kemampuan JD untuk bt research. Oleh sbb tuh, JD gantikan Research dengan ambik dua subjek lain....

Kawan2 semua... Doakan JD yer.. Doakan JD berjaya mengharungi seterusnya menamatkan pengajian JD dengan jayanya....

JD nak kalungkan sekalung terima kasih untuk insan2 yang banyak membantu JD menamatkan Semester 3 yang lepas.

1. Sekalung terima kasih TERUTAMA sekali untuk adik beradik JD yang x sudah2 bagi JD sokongan, sejak dr semester satu sampai skrg.... Terima kasih atas bantuan kalian. JD sayang kalian semua.

2. Sekalung terima kasih penuh kasih sayang untuk Dr Who, kerana jadi peneman setia JD.. Keluhan, airmata, tangisan.. Semua dah dia saksikan... Thanks sbb sudi menjadi pendengar setia JD... Pinjamkan telinga, hati, perasaan untuk JD jadikan alas penguat semangat. Terima kasih Dr Who.

3. Kawan2 JD... U all samada yang sekelas mahupun tidak.... JD turut kalungkan ucapan terima kasih. Pada yg sekelas, terima kasih kerana sama2 megharungi segala kepayahan. Kepada rakan2 lain, terima kasih kerana sudi menjadi rakan JD, secara x langsung, tempiasnya tetap terkena kepada anda juga kan...


Sekali lagi... Terima kasih semua....



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin