Thursday, December 16, 2010

Dia sedang Berusaha, Namun Dia Hanya Wanita


Dia cuma manusia biasa.... Dia bukan malaikat... Dia tidak mampu menjadi seperti Khadijah... Dia tidak mampu menjadi setabah Mariam.... Dia juga tidak mampu untuk menjadi sekuat Sumaiyyah... Dia cuma Dia... Wanita biasa yang selalu terlupa.... Dan terkadang dia alpa... Sesungguhnya, Dia cuma wanita biasa.... Yang hidupnya mahu terus2an dikasihi... Terus2an disayangi oleh insan di sekelilingnya..

Dia selalu mahu menjadi wanita tabah... Wanita kuat.... Dia selalu mahu jadi wanita yang lain dari yang lain.... Lalu Dia cuba membuang fitrah laku seorang wanita biasa.... Dia berusaha membuang rasa dengki dalam hatinya... Mahu jadi wanita sejati katanya.... Dia berusaha keras melawan kata hati... Dia mahu sentiasa kelihatan yakin dihadapan khalayak....Dia mahu sentiasa kelihatan ceria di hadapan sesiapa sahaja walaupun hatinya sedang rabak... Senyum dan ketawa...Dan terus tersenyum serta ketawa.... Hanya itu senjata yg dia ada.... Senyuman itu....

Dan kini, Dia berusaha membunuh rasa cemburu dalam hatinya.... Kerna dia tahu sang jejaka ikhlas menyayanginya.... Dia acapkali menepis rasa itu... Namun, sesekali dia tewas. Tewas dengan hati wanita, kalah dengan fitrah manusia... Cumanya, dia kini lebih mengerti.. Di dunia yang cuma sementara... Dia mungkin tidak setanding Sang Puteri.... Dia mungkin tewas dalam medan perang ciptaan duniawi....

Namun disisi Allah..disana kelak.. Dia meyakini.... Segalanya diukur dengan amalan... Setinggi mana darjat dan keturunan seseorang itu.... Dia meyakini, hanya amalan yang membezakan mereka disana kelak... Itu Dia pasti...

Oleh itu wahai Dia.... Bergembiralah dengan dirimu... Berusahalah mendekati Tuhanmu... Tuhan mendugamu kerana dia mahu mendengar ritihanmu mengadu padaNya setiap kali selepas kamu menunaikan tanggungjawabmu kepadaNya....Kerna itulah kamu dipilih.... Kerna itulah kamu diuji....

Senyumlah wahai Dia.... Kerna, masih ramai di luar sana yang menantikan senyumanmu, Masih ada insan yang mengharapkan senyumanmu.... Teruslah tersenyum wahai Dia.....
Kerna semyumanmu adalah penawar duka....


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin