Friday, December 31, 2010

Kesimpulan 2010


Keseluruhannya,
2010 merupakan tahun mencabar buat JD...
Bermula dgn senyuman. Mendatar JD lalui 2010...

Menggembirakan di pertengahannya..
JD tempuh pertengahan 2010 dengan suka, tawa, ria...
Penuh makna, penuh warna
Dan nadanya...
Nada bahagia dan gembira

Tapi di penghujungnya...
JD hampir lupa bagaimana mahu tersenyum
JD hampir tidak mengerti apa itu gembira
JD cuma tahu erti airmata...

2010 akan kita tinggalkan...
Sebentar saja lagi..
InsyaAllah...

Ada Apa Dengan Cinta (Puisi Rangga)

JD mmg addicted filem Ada Apa Dengan Cinta...
Dalam duration around 90 minit... JD paling menantikan detik2 di bawah....
Terutamanya... Part Puisi Rangga...
Sangat menyentuh hati...

Thursday, December 30, 2010

Hidup Itu Dipengaruhi


Sekiranya seseorang itu hidup dalam kritikan,
dia akan belajar menghukum
Sekiranya seseorang itu hidup dalam dengan permusuhan,
dia akan belajar kekerasan
Sekiranya seseorang itu hidup dengan ejekan,
dia akan belajar menjadi malu
Sekiranya seseorang itu hidup dengan keadaan malu,
dia akan belajar berasa bersalah
Sekiranya seseorang itu hidup dengan dorongan,
dia belajar mempercayai dirinya
Sekiranya seseorang itu hidup dengan keadilan,
dia belajar menjalankan keadilan
Sekiranya seseorang itu hidup dalam ketenteraman,
dia belajar mengenai keimanan
Sekiranya seseorang itu hidup dengan sokongan,
dia belajar menyukai dirinya sendiri
Sekiranya seseorang itu hidup dengan penerimaan serta persahabatan,
dia belajar menyintai dunia.

Nasihat daripada Dorothy Law Nolte

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya


TAHNIAH UNTUK SKUAD KEBANGSAAN
JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010


MENEWASKAN INDONESIA DGN AGREGAT

4-2

HOYE2...

TAHNIAH HARIMAU MALAYA



Tabah dan Kuat

Hati Yang Rapuh
Artist: Rahimah Rahim

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...



p/s: Lagu ini sebagai penguat semangat... Untuk JD di kala ini...

Di Kejauhan Ini


Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku

Debarnya debar cinta

Denyutnya denyut setia

Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih


Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela


Sayang.. dikejauhan ini

Ku sapa salam setiamu

Ku sambut senyum mesramu


Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,


Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh

Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

p/s: sesetianya pasir di pantai... Semampunya aku akan jadi seperti itu...

Inilah Erti Bahagia



Secara mudah... kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.

Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
(Surah Al-Ra'du 28)


Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."
(Hadis riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".

Artikel dari : http://www.iluvislam.com

p/s: InsyaAllah.. JD akan berusaha mencari bahagia itu...

Tuesday, December 28, 2010

Terima Kasih


Itulah namanya sahabat.. Itulah namanya kawan....
Sering ada dikala kita suka dan duka....
JD bertuah, ada ramai yang menyayangi JD di sekeliling JD....
Baik keluarga mahupun kawan2...

Saat JD suka.... Saat JD duka... Rakan2 JD x pernah tinggalkan JD...
Mereka selalu ada untuk JD....
Ada yang bertanya khabar nun jauh dr Kuantan, Melaka.. Mahupun yang dekat like Tropicana, Rawang mahupun Serdang j....
Tu blom tolak lagi yang sering bertanya khabar dari Bukit Mahkota, Puncak Alam....
Wahhhhh... Ramainya yang sayang JD.....

Untuk anda semua.... Terima kasih kerana telah sudi mewarnai hidup JD...
Terima kasih kerana menjadi sahabat JD....

SAYANG ANDA SEMUA....



Luka


X semua luka itu meninggalkan parut...
Dan x semua luka itu boleh dibalut....

Luka di hati selalunya merupakan luka yang mengambil masa yang paling lama untuk sembuh...

Oleh itu, cubalah mengelak daripada melukai hati orang lain...



Monday, December 27, 2010

Usai 2010... Suka, Duka, Cinta dan Airmata


2010 hampir melabuhkan tirainya... 4 hari lg... Kita akan melangkah masuk ke tahun 2011. Menginjak setahun lagi untuk kita menuju tahun2 berikutnya.. Menginjak setahun lagi juga usia JD... Emmm, sudah 33 tahun usia JD...

2010, banyak yang JD belajar dari tahun 2010... Jom kita jelajah apa yang terjadi dalam hidup JD di tahun 2010... Peristiwa nih... JD ingat2 lupa j ek... Emmmm


Januari
  1. Usia JD meningkat ke 32 tahun... Masih solo, banyak org tanya bila nak settle down??? Oppss.. Anak buah JD, Nurul...Siap bg surprise birthday kek lg utk JD... Tq kakak....

Februari
  1. Kawan baik JD Rohaida Tan menamatkan zaman bujang beliau... Tahniah... Dan JD dilantik jadi pengapit untuk pengantin. Kene la tempias hendaknya.. Hahaha
  2. JD reunion dgn kawan2 sekolah JD di SMK Raja Shahriman, Beruas... Best... Dah berbelas tahun x jumpa... Harus la best...Masing2 dah berubah, banyak betul perubahan drg...Mcm JD jugak. Hehehe...

Mac
  1. Sorang lagi kawan baik JD, Wan Junaidah Wan Junid menamatkan zaman bujang beliau... Tapi JD x dapat hadir.. Sedihnya...Sama tarikh dgn majlis kawin kazen JD... Sorry Wan....
  2. Mt favourite kazen isitu Fazatul Aziha turut menamatkan zaman bujang beliau... Tahniah Zatul... Semoga berbahagia hendaknya... (Tahun 2010 neh, ramai orang2 yang rapat dgn JD menamatkan zaman bujang drg... Ish3... JD j yg belum)

April
  1. Exam mood.. Masa nih JD baru semester dua... Study hard... Pulun3... Hope i can get the best as i can...InsyaAllah...

Mei

  1. JD cuti2 Malaysia ke Sarawak... Nih my 1st time ke sana. Best3.... Pergi plak dengan kawan2 sekelas... Wahhh, hapy sangat. Rasa macam nak pegi sana lagi. Doakan la rezeki JD murah n boleh kesana lagi... Amin....
Jun
  1. Bulan indah dalam hidup JD.... Dr Who.. Kamu hadir dalam hidup JD... 15 Jun 2010. Itu tarikhnya... Kamu hadir secara tiba2. JD terima kamu dalam hidup JD tanpa syarat... InsyaAllah, moga2 Tuhan merahmati kita.... Amin...
  2. JD terima result exam... I score the best.... The best result yg JD bole score la... Hehehe

July
  1. Setelah sekian lama... Alam maya menjadi peyambung cinta antara JD dan Dr Who... Akhirnya, JD dan Dr Who kali pertama bertentang mata... KLIA menjadi saksi pertemuan kali pertama kami.... 31 Julai 2010.. Itu tarikh keramatnya. Bahagia?? Sudah semestinya...
  2. JD memulakan semester baru... Dengan langkah baru... Dengan mood baru... Insyaallah

August
  1. Dr Who kembali memulakan tugas beliau... Kamu disana, JD disini... Kita sama2 ada tugas yang perlu diselesaikan....
  2. Keperitan JD bermula... Pelbagai cabaran satu persatu wujud dalam pembelajaran JD... Semuanya serba x kena.... Huh.... JD stress...

September
  1. Keadaan makin menekan... Namun JD masih sempat menyulam angan2... Atas persetujuan semua... Sesuatu akan terlaksana on November 2010.. InsyaAllah
  2. Dr Who pulang menjengah.... Ini juga saat2 bahagia JD... Sungguh.. JD bahagia... Terima kasih Allah kerana meminjamkan bahagia itu untuk JD...

Oktober
  1. Penghujung semester.. Mood bertukar kepada mood exam.. Mood menghabiskan final projek... Ini bermakna JD berada pada tekanan tahap tinggi...
  2. Halilintar menyambar... JD menerima dugaan besar.... Perancangan indah JD terpaksa ditangguhkan.. Sampai bila?? Itu cuma Allah yang tahu... Emmm... JD redha, JD pasrah...
  3. JD meneruskan sisa kekuatan yang ada untuk menyelesaikan my semester.. Tuhan, bantulah JD.

November

  1. JD memulakan cuti semester... Bulan yang sepatutnya bulan gembira JD, rupanya menjadi bulan ngeri untuk JD... Takpelah, JD redha... InsyaAllah, ada imbuhan untuk JD kemudian hari nanti... InsyAllah...

Disember
  1. Bercuti ke Kelantan di kampung kawan2 JD.... Faez n Fairuz... Seronok... Sempat shopping dan menghabiskan duit.... Wallah... JD kan mmg ske shopping...
  2. Keputusan exam JD terima.... Emmm... Keputusan paling teruk sepanjang JD menjalani pengajian peringkat sarjana ni... Apa nak buat.... Itu rezeki JD yang Allah telah janjikan... Alhamdulillah...


Terima kasih 2010... InsyaAllah dengan semua yang berlaku di tahun 2010... Semoga JD akan lebih tabah, lebih matang mengharungi hidup... Semuanya anugerah Allah, dan setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendakNya... Kita sebagai hamba, kena la redha atas segalanya...

Sunday, December 26, 2010

Itu Satu Pembohongan


JD.. Siapa yang dah lama kenal JD??? Ada k dikalangan reader yang memang sahabat lama JD..
Pernah tengok JD menangis? Pernah tengok JD marah? Pernah tgk JD mengamuk?

Kalau pernah, ya tahniah... Anda antara sahabat JD yag sudah lama mengenali JD....
Emmmm.... Itu kalam pembuka bicara....

JD kini bertarung dengan perasaan JD sendiri. Bertarung menepis kata hati, bertarung dengan perasaan sendiri. JD akui, JD bukanlah segagah mana..
Benar, dikala ini, jika anda bertemu JD, JD masih seperti dulu... Gelak tawa JD masih seperti dulu..
Senyuman itu masih sama seperti mana 6 bulan yg lalu.... Suara JD di talian telefon masih mengalunkan rentak riang... Tidak sekali kali pernah berubah.

Tapi hati JD luka parah. Remuk redam... Hancur luluh... JD tewas dalam dunia JD sendiri. JD kini ibarat pesalah yang menanti hukuman mati....
JD tahu.. JD mengerti.... Takdir Allah kita x mampu menghalang, Allah tahu yg terbaik untuk kita... Tp JD selalu tertanya, kenapa JD selalu terduga begini?? Adakah takdir cinta JD akan selalu bergini??

Namun, JD cuba mengerti... Penuh mengerti bahawa Tuhan mentakdirkan sesuatu itu sebagai yg terbaik untuk hambaNya... Kisah ini belum sampai ke penghujungnya. Oleh itu, JD tidak akan sekali2 berhenti memanjatkan doa kepada Ilahi. Berkali2 JD meminta, insyaAllah akan ada sekali Allah mendengar...

Untuk kamu, sama2lah kita berdoa, moga2 Tuhan menjanjikan bahagia itu milik kita setelah kita terduga, terluka sebegini...


Oleh itu, seandainya kamu melihat JD ketawa riang di kala ini.. Sesungguhnya itu satu pembohongan.... JD sebenarnya sedang melakonkan watak gembira untuk menutup kelukaannya....
Mengertilah wahai kamu....




Thursday, December 23, 2010

Akukah Yang Terlupa???


Hati Dan Akal Bicara Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

- Artikel iluvislam.com


p/s: Ya Allah, akukah yg selama ini khilaf??? Akukah yang selama ini terlupa dimana bumiku... Dimana langitku??? Menyintai sehingga melupakanMu??? Menyintai hingga terlupa itu anugerah dariMu... Aku khilaf, aku alpa... Ya Allah... Bawalah aku pulang je jalan Mu...Ampuniku Ya Allah.....

Di Kala Ini, Di Saat Ini, Ini Kisah Kita




CAHAYA - Kris Dayanti

Dosakah aku bila dicintaimu
Bila jalinan hati kini menjeratku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah

Memang cinta tiada bermata
Bisa ciptakan sedih juga bahagia
Aku kini terjerat karenanya
Susah lepaskan dia

Jalannya cinta nodai hati
Aku dicinta jalinan tiada pasti
Dan aku tak harus terkalahkan
Dan diriku terabaikan
Kuikuti cahaya hati

Oh...

JD terdengar lagu ini... Dah lama JD terlupa untuk mendengar lagu ini.... Saat ini.., ketika ini.... Lagu nyanyian Kris Dayanti ini paling sesuai menggambarkan keadaan JD sekarang... Untuk yang kini mengharungi keadaan yang sama dengan JD, dengarlah...hayatilah...fahamilah lagu ini...

Sesungguhnya kita tidak pernah meminta untuk berada dalam keadaan ini... Kamu, aku... Kita sama2 menjadi mangsa keadaan yang kita sendiri x pernah terfikir untuk berada di dalamnya.... Sama2 kita mohon pada Tuhan, agar Dia merestui kita, membuka laluan untuk perjalanan kita... Doa, usaha.. Cuma itu yang kita mampu lakukan... Di medan perang ciptaan manusia... Kita bukan siapa2... Kita cuma pahlawan yang sedang berjuang dengan tangan dan kakinya terikat...

Tapi, Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita berdua....


Wednesday, December 22, 2010

Result dan Semester Baru


Alahai...JD rasa baru j mulakan cuti sem.. Tetiba semester baru dah nak mula... Alamak... Bermula semester baru...Bermakna result exam JD dah dapat la???

Iyer.. Dah dapat result dah... U all nak tau k??? Merudum jugak la result JD sem nih.... Semester nih merupakan semester yang paling teruk untuk JD... Sedihkan???

Takpelah.. Dah itu j rezeki JD.... Tp JD mmg menghadapi sedikit kesulitan semester nih.. Baik dr segi emosi mahupun keadaan sekeliling... Semester nih... Ada j yang x kena.. Ada j yang x betul. Tapi JD x salahkan keadaan atau sesiapa pun. JD terima j semua dengan hati yang terbuka... Life must go on... JD dah usaha... JD dah cuba bt yang terbaik semampu JD... So, inilah yang Tuhan anugerahkan untuk JD berkat usaha JD selama ini. Alhamdulillah. Orang2 yang rapat dengan JD tentu tahu kesukaran JD semester ni... Airmata, emosi... Semuanya seiring dan sejalan. Tuhan duga JD di saat JD hampir ke penghujung semester. Alhamdulillah, walaupun x sebaik semester 1 dan 2, JD tidaklah sampai jatuh tersungkur dan terpaksa memulakan semula langkah baru. Alhamdulillah, dalam kesukaran melawan emosi dan perasaan. JD tetap berjaya meneruskan langkah JD ke semester berikutnya....
Alhamdulillah...
Terima Kasih Allah...

Sebut pasal semester baru.... Insyaalalh, 3 Januari 2011, JD akan memulakan semester baru JD... Semester ke-4 JD... Dan insyaAllah, ini adalah semester akhir JD... Lepas nih, JD akan kembali bertugas... Dimana? Kemana? Itu belum diketahui lagi.

Semester baru.... Kali nih sekali lagi JD carry 3 subjek. JD memilih untuk TIDAK BT RESEARCH... Kenapa? Sbb JD x yakin dengan kemampuan JD untuk bt research. Oleh sbb tuh, JD gantikan Research dengan ambik dua subjek lain....

Kawan2 semua... Doakan JD yer.. Doakan JD berjaya mengharungi seterusnya menamatkan pengajian JD dengan jayanya....

JD nak kalungkan sekalung terima kasih untuk insan2 yang banyak membantu JD menamatkan Semester 3 yang lepas.

1. Sekalung terima kasih TERUTAMA sekali untuk adik beradik JD yang x sudah2 bagi JD sokongan, sejak dr semester satu sampai skrg.... Terima kasih atas bantuan kalian. JD sayang kalian semua.

2. Sekalung terima kasih penuh kasih sayang untuk Dr Who, kerana jadi peneman setia JD.. Keluhan, airmata, tangisan.. Semua dah dia saksikan... Thanks sbb sudi menjadi pendengar setia JD... Pinjamkan telinga, hati, perasaan untuk JD jadikan alas penguat semangat. Terima kasih Dr Who.

3. Kawan2 JD... U all samada yang sekelas mahupun tidak.... JD turut kalungkan ucapan terima kasih. Pada yg sekelas, terima kasih kerana sama2 megharungi segala kepayahan. Kepada rakan2 lain, terima kasih kerana sudi menjadi rakan JD, secara x langsung, tempiasnya tetap terkena kepada anda juga kan...


Sekali lagi... Terima kasih semua....



Tuesday, December 21, 2010

Sayang, Kenapa Selalu Dipamer Seolah2 Tidak Menyayangi?


"Leteran itu sebenarnya sayang.. sikap dingin itu sebenarnya sayang.. melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang.." Petikan dari buku Murabbi Cinta..


Dari ketika kecil... Sampailah dah seusia dewasa.... Kasih sayang selalu jadi persoalan. Persoalan tercetus dengan orang2 di sekeliling kita.. Dengan adik beradik, dengan ibu bapa, dengan rakan2 hatta dengan kekasih hati sekalipun...

Terkadang kita selalu rasa tidak disayangi.. Pernah terlintas bahawasanya kita tidak disayangi. Hanya kerana kita kerap kali dileteri, kita kerap kali dimarahi, kita kerap kali diketepikan dan kita merasakan kita tidak dilayan seadanya.

Lalu bagaimanakah sayang itu seharusnya dipamerkan? Sesungguhnya, tiada satu pun jawapan yang mampu menjawab kepada persoalan tersebut.

Sayang itu luas maknanya, kasih itu besar dedahannya.. Lalu, tiap manusia itu punya cara tersendiri untuk menerangkan sayang, untuk menzahirkan kasih. Tiap manusia caranya berbeda2...

Tapi kalau sayang itu dipamer seolah2 tidak menyayangi, bagaimana kita mahu mengerti bahawa itu adalah sayang? Dan yang itu adalah kasih? Bukankah sayang itu sesekali perlu dipamerkan atau mungkin bukan sesekali, tapi kerapkali???

Sesungguhnya, mata kasar tidak punya teropong halus untuk menerobos hati.... Lalu kerap kali mata menghantar mesej kepada hati bahawa..

Kamu sebenarnya tidak disayangi...
Benarkah???



Sunday, December 19, 2010

Murabbi Cinta


JD baru j beli buku baru bertajuk Murabbi Cinta tulisan Hasrizal Abdul Jalil [KLIK]. JD suka cara penulisan beliau.. Bersahaja.. Tapi isinya sampai..Maksudnya difahami....
JD lebih suka cara beliau yg santai.... Isinya melekat sampai ke hati....

Kenapa JD beli buku nih? Ada beberapa sebab...
1. JD dah ada dua buah buku hasil tulisan beliau (Murabbi Cinta merupakan sequal kepada dua buah buku terdahulu beliau sebelum ini)

2. Kata2 di hadapan buku ini menambat hati JD, bunyinya begini - Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya???

3. Dan penutup kepada buku ini adalah alasan sebenar. Sama2 kita hayati:

Cintakan bunga... Bunga kan layu
Cintakan manusia... Manusia kan mati

Cintakan dunia... Dunia kau tinggalkan pergi
Cintakan Ilahi... Cinta sejati

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku. nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran: 31)


Hidupkan kami dalam cinta itu

Matikan kami dalam cinta itu

Pulangkan kami dengan cinta itu

Ke pangkuan-Mu


p/s: kalau anda berkesempatan.. Bacalah buku ini... Menarik..JD mmg rekomen kt u all....


Thursday, December 16, 2010

Dia sedang Berusaha, Namun Dia Hanya Wanita


Dia cuma manusia biasa.... Dia bukan malaikat... Dia tidak mampu menjadi seperti Khadijah... Dia tidak mampu menjadi setabah Mariam.... Dia juga tidak mampu untuk menjadi sekuat Sumaiyyah... Dia cuma Dia... Wanita biasa yang selalu terlupa.... Dan terkadang dia alpa... Sesungguhnya, Dia cuma wanita biasa.... Yang hidupnya mahu terus2an dikasihi... Terus2an disayangi oleh insan di sekelilingnya..

Dia selalu mahu menjadi wanita tabah... Wanita kuat.... Dia selalu mahu jadi wanita yang lain dari yang lain.... Lalu Dia cuba membuang fitrah laku seorang wanita biasa.... Dia berusaha membuang rasa dengki dalam hatinya... Mahu jadi wanita sejati katanya.... Dia berusaha keras melawan kata hati... Dia mahu sentiasa kelihatan yakin dihadapan khalayak....Dia mahu sentiasa kelihatan ceria di hadapan sesiapa sahaja walaupun hatinya sedang rabak... Senyum dan ketawa...Dan terus tersenyum serta ketawa.... Hanya itu senjata yg dia ada.... Senyuman itu....

Dan kini, Dia berusaha membunuh rasa cemburu dalam hatinya.... Kerna dia tahu sang jejaka ikhlas menyayanginya.... Dia acapkali menepis rasa itu... Namun, sesekali dia tewas. Tewas dengan hati wanita, kalah dengan fitrah manusia... Cumanya, dia kini lebih mengerti.. Di dunia yang cuma sementara... Dia mungkin tidak setanding Sang Puteri.... Dia mungkin tewas dalam medan perang ciptaan duniawi....

Namun disisi Allah..disana kelak.. Dia meyakini.... Segalanya diukur dengan amalan... Setinggi mana darjat dan keturunan seseorang itu.... Dia meyakini, hanya amalan yang membezakan mereka disana kelak... Itu Dia pasti...

Oleh itu wahai Dia.... Bergembiralah dengan dirimu... Berusahalah mendekati Tuhanmu... Tuhan mendugamu kerana dia mahu mendengar ritihanmu mengadu padaNya setiap kali selepas kamu menunaikan tanggungjawabmu kepadaNya....Kerna itulah kamu dipilih.... Kerna itulah kamu diuji....

Senyumlah wahai Dia.... Kerna, masih ramai di luar sana yang menantikan senyumanmu, Masih ada insan yang mengharapkan senyumanmu.... Teruslah tersenyum wahai Dia.....
Kerna semyumanmu adalah penawar duka....


Wednesday, December 15, 2010

Oh Kemboja

Gambar ehsan Mr Google



Ohh.. Skrg JD ada hobi baru... Menanam... Penuh halaman depan JD dengan pasu2 bunga... JD lebih suka tanaman hijau dari bunga-bungaan. Tgk tanaman hijau tuh... Happy j.. Suka...

Tapi ada la 2-3 pasu JD tanam pokok berbunga....
Ni la yg merungsingkan JD... Pokok Kemboja yg JD tanam, menunjukan tanda2 nak kiok... Huhuhu..
Sejak beberapa hari yg lepas... Daunnya mula kekuningan dan gugur...Alahhhh... Please Kemboja... Jangan la 'padam'... JD sayang kamu.....

Tuesday, December 14, 2010

Tingkat2 Pembelajaran JD


Ilmu xde jual kt kedai... Ilmu jugak kadang2 x semestinya kita dapat di sekolah atau universiti...
Kadang2 ilmu tuh kita kutip dr kehidupan kita seharian...
Tapi kali nih, JD nak imbas kenangan silam... Sekolah, sekolah yang JD pernah sekolah... Smpai la ke universiti....

Meh kita sama2 semak...

Sekolah Tadika
- JD x masuk tadika... Hahaha.. Sbb umur 6 tahun JD dah pandai baca dan eja... Hahaha

Sekolah Rendah
- JD sekolah di Sekolah Kebangsaan Sg Kluang, Trong Perak - Darjah satu j... Kt sini JD mula mengenali apa itu dunai persekolahan.. JD masuk kategori budak pandai la jugak... Sbb JD rembat tempat no 1 masa exam

- JD pindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi - Darjah 2 - 6.. Pon JD duduk kelas pandai jugak la... Hehehe...Kelas Kuning.... Pandai k kelas tuh?? Ntah... JD rasa la pandai... Hahaha... Tp JD x miss jugak dapat hadiah.... Hehehe
Kt sini la JD mula ada kawan baik.... Ramai.. X tersenarai... Masa tuh mana pandai demand kawna... Semua org kita kawan....

Sekolah Menengah
- Memulakan sekolah menengah di SMK Tat Beng, Sg Nyior.... Kt sekolah nih.. JD dok kelas depan... Tapi JD bukan student yg dapat nombor depan2 ek.. JD dapat no tgh2 j... Hahaha
Kt sini, JD dah ada geng... Sapa kawan baik JD??? Rohaida, Suriana n Fuziah... Kami empat sekawan... Geng bas sekolah yg rekodnya baik2 aja... Hehehe... JD sekolah kt sini sampai Form 4 j.... Dan kt sekolah ini jugak la yang menemukan JD dgn ... Xyah la JD sebut... Biar kami masing2 tau sudah... Hahaha... Sampai masa dan ketika... JD akan bercerita... Siapa sangka kan... Cempedak bertukar menjadi nangka...

- Form 5, JD sambung sekolah kt SMK Raja Shahriman, Beruas. Kt sini JD banyak belajar pasal kehidupan... Yelah..JD tinggal kt asrama... Xde kawan... Budak baru... Mmg xde life la kt sini... Tp ada la jugak kawan2... Xde la sampai xde langsung kawan... Kawan ada... Cumanya xde geng n kawn baik... Tu j.... Tp lepas dah habis sekolah.... JD jadi baik dgn kawan2 kt SMRS... Dah jadi geng... Hehehe...

Form 6
- JD nih xmasuk dalam kategori pelajar yg pandai.. Jadinya JD gagal masuk mana2 IPT... Baik A (awam) mahupun S (swasta.. JD mana mampu nak masuk kolej2 berbayar nih... JD kan org susah). Jadinya JD masuk la form 6... Memula sekali JD teruskan pengajian Form 6 kt SMK Anglo Chinese School Sitiawan... Cis.... Sangatla x masuk akal... Jauh tu JD nak berulang dr rumah.. Hostel plak xtau citer...

- Jadinya, JD tukar angin, pindah sekolah lagi... JD sambung form 6 JD kt SMK Doktor Burhanuddin, Taiping. Kt sini, kt sekolah nih... JD banyak belajar pengalaman hidup. For the first time ever, JD bercinta... Hahaha.. Kelakar kan... Ala, Cinta monyet, bukan apa2 pon. Ini sekolah terakhir JD. Tamat sudah dunia persekolah JD...

Kita kira2 balik... Ish2..Bape tahun nak habiskan sesi persekolahan??? 13 tahun tuh... Waahhh... Panjang sungguh tempohnya.. Apa yg kita dapat semasa sesi persekolahan??? Sebenarnya banyak, di sekolahlah kita kenal kawan... Kita kenal lawan. Kita tahu apa itu bersaing, kita tahu apa itu berjuang.

Kepada cikgu2 JD dr sekolah rendah sampai sekolah menengah... Terima kasih kerana x jemu2 curahkan ilmu kepada anak2 murid...


Monday, December 13, 2010

Dendangan Lagu Ini.. Dari Kamu..Untuk Aku


Dr Who skrg suka menyanyi... Hobi baru kot... Hahaha..... Itu hari JD didendangkan dengan lagu Biarlah Bulan Bicara... Kali nih... JD dialunkan dengan lagu Widuri... JD mmg meminati Broery pon... Dr Who juga...

So, come n join me sing this song.... Suka3...
U always like that... Always make me smile n happy... Love ya....



Pandangan Mata


Petang itu...JD habiskan masa2 santai ke pasar malam... Tiada tujuan...Hanya mahu jalan2...
Emmm.... Sepanjang perjalanan JD..Ada beberapa pemandangan yang menyentuh hati JD...

Emmm... Tersentuh hati melihat orang2 kurang upaya yang duduk di tepi2 jalan sepanjang pasar malam.... Mereka peminta sedekahkah??
JD kurang pasti... Kelihatannya ramai insan2 yang pemurah menghulurkan bantuan... Pemurah sungguh rakyat Malaysia nih...

Pemurahnya hati rakyat Malaysia, sehinggakan sekiranya ada j pelancaran tabung amal... X berapa lama... Sasaran mesti dicapai tanpa sebarang masalah dan dicapai dalam tempoh yang singkat...Alhamdulillah...

Semoga rezeki kita rakyat Malaysia akan sentiasa murah... Amin...




Friday, December 10, 2010

Kamu Buat Saya Bahagia... Terima Kasih



Pagi ini.. Pagi JD dikejutkan dengan panggilan mesra dari Dr Who... Mendengar suara husky itu... Hilang rindu JD padanya....
Yang best tuh... Tetiba j, Lepas bg salam... Dr Who dendangkan lagu nih utk JD...
Terharunya... Suka3....

Dengan suara husky itu, lagu Biarlah Bulan Bicara By Broery Marantika nih menjadi sangat menarik... Walaupun mungkin nyanyian itu tidak menarik di pendengaran orang lain, tapi ianya cukup sempurna di pendengaran JD....
Dan akhirnya kami sama2 mengalunkan lagu tersebut... So sweet...

To Dr Who...
Terima kasih cinta....

Al-Fatihah


Hari ni... 10 Dis (1936) merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah abah - Jakeria Aman..
Al-Fatihah untuk arwah abah...
Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman... InsyaAllah...
Ramai org kata saya anak abah dan menyerupai wajah n karektor abah...
Don't worry dad...
Promise to make u proud of me... JD kan anak abah...

But, deep inside my heart..
I MISS U DADDY!!!!

Wednesday, December 8, 2010

X Tele


Kadang2...Demi menjaga hati semua pihak....
Kita terpaksa tersenyum diohadapan khalayak walaupun hakikatnya hatimu terluka...

Kadang2... Keadaan memaksa untuk kita berwatak seperti itu...
Untuk tidak mengeruhkan keadaan, kita kadang2 terpaksa dengan jayanya menjayakan 'lakonan' itu...

Bukan niat untuk menyembunyikan sesuatu...
Sekadar menyakinkan khalayak....
Keadaan tidaklah seburuk yg disangka....

Things will get better within time....
Itulah....
Hakikatnya.... Bibir jarang menyatakan apa yg terpendam dihati.....



Wednesday, December 1, 2010

Selamat Ulang Tahun Mak


Hari 1 Disember 2010 merupakan ulang tahun kelahiran arwah ibu JD....

RAJIMAH HAMSI

Tapi JD x berkemampuan untuk meraikannya...
Mak dah xde.. Mak dah lama tinggalkan JD...

Hanya doa yang mampu JD sedekahkan untuk arwah mak...
Al-Fatihah untuk Arwah mak..
Moga2 roh arwah mak sentiasa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
InsyAllah...




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin