Tuesday, October 26, 2010

Sony Tamatkan Pengeluaran Walkman Kaset


Bagi mereka yang lahir pada era 80-an dan 90-an, jenama Walkman keluaran Sony merupakan satu jenama yang tidak asing lagi. Hampir semua orang ketika itu ingin memiliki Walkman mereka sendiri.

Dulu jika kita ingin membeli album nyanyian artis ketika itu, sudah pasti kita akan ke kedai atau pasar malam yang menjual kaset.

Walkman yang menggunakan kaset telah mula dipasarkan oleh Sony di Jepun pada 1 Julai 1979 dan sejak itu, Sony telah berjaya menjual 200 juta unit di seluruh dunia.

Namun dengan perkembangan teknologi dan inovasi, Sony tidak mampu lagi mengekalkan jenama Walkman sebagai jenama nombor satu bagi pemain muzik mudah alih. Ternyata saingan daripada produk lain seperti Ipod dan kemucunculan cakera padat (VCD) dan DVD telah menggugat pasaran Walkman sejak beberapa tahun lalu.

Sony memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Walkman yang menggunakan kaset pada 22 Oktober 2010. Ironinya, Ipod telah mula dipasarkan pada 23 Oktober 2001.


Sumber: http://www.iluvislam.com


p/s: Tingat zaman JD remaja..Zaman tuh kalau ada walkman dah kira hebat sgt dah tuh.... Dunia dah berubah... Dunia makin maju...Hebat.... Ishh..Terasa JD makin tua la...Huk3...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin