Wednesday, July 28, 2010

Jom Gelak2... Bila Haiwan ada FB

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang
tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…


Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..



Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak: isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam: Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru


Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap
malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,
sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku
Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink
panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun
tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2.
...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas
keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al
Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?



Huahahaha.... Lawak giler!!!!

p/s: Credit to Cik Farah Hanani

Thursday, July 22, 2010

Perempuan, Wanita dan Isteri

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."



p/s: Cinta dimata wanita ini sudah diberikan kepada seseorang.... Kerna itu, dia mengcover matanya dgn sunglasses.. Hehehe

Wednesday, July 21, 2010

Hari Ini


Hari nih..JD berpuasa sunat... Selain join kawan2 sekelas.... Jd juge nak melatih diri...Sebab x lama lagi Ramadhan dah muncul...
Munculnya Ramadhan bermakna semua Umat Islam di seluruh dunia akan mula menunaikan ibadah puasa...

X lama dah, lebih kurang 20 hari j lagi..Kita semua akan mula berpuasa..

Tapi sebenarnya, JD berpuasa bukan saja nak melatih diri sebagai persiapan menanti kehadiran Ramadhan...
Tapinya, JD berpuasa sbb beberapa perkara...
Adalah.... Tp biarlah JD rahsiakan j....
Biarlah JD simpan kegembiraan tu dalam hati....
Biarlah cuma JD yang tahu....

Tq Allah atas segala rahmat dan kurniaan Mu..
JD happy....

Tuesday, July 20, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.


Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.


Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.


Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.


70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

p/s: Cantik x wanita dalam gambar nih.... Dia berusia 32 tahun....Masih tergolong dalam kategori WANITA CANTIK SEMPURNA kn???? Huahahaha

Sunday, July 18, 2010

Floria 2010

Semalam aku sempat habiskan masa ke Floria 2010 @ Putrajaya...
Besnye tgk bunga...
Cantik sgt2

Luas betol kawasannya....
Aku xde la jalan habis...
Lenguh kaki wei....

So enjoy the foto ek...





Sunday, July 11, 2010

Nak Tolong Promote


Hai semua....
Hari nih JD nak tolong promote blog seorang kenalan...
Dia nih membantu kakak beliau menjalankan perniagaan butik pengantin...
GZam Sireh Mempelai nama kedainya...
Terletak di Rawang atau lebih tepat lagi...
Taman Setia Jaya, Rawang..
U all kalau free2...Then Kalau ada plan nak melangkah ke hari bahagia...
Boleh la intai2 ke sana..
Blog drg pon baru diwujudkan...
Sila klik kt sini yer...
Sudi2 kanlah melawat yer....


Monday, July 5, 2010

Lagu Ini... Lagu Cinta....

Lagu nih dah lama....
Saja aku nak recall balik..Almaklumla... Skrg nih hati tengah berbunga2... Hati tgh senyum gembira...
Makanya.... Aku pahatkan lagu ini disini....

p/s: To my Dr Who... Aku mau jadi Dealovamu... Selalu...

Sunday, July 4, 2010

Unagi Sushi


Sebut j makanan Jepun... Terliur aku...
Selalunya kalau aku nak makan Japanese Food nih... 2 tempat j yg aku tuju... Sushi King atau Mr Teppanyaki... Selain dari tuh... Simple2 Sushi kan banyak jual kt Carefour... Giant.. Tesco..JJ... Pilih aja mana yang nak..

Emm... Hari nih nak citer dgn u all
Favourite sushi aku.. Aku sebnarnya layan j semua sushi...Kecuali yg raw!!!
Tapi dalam banyak2 nih....
UNAGI SUSHI adalah peberet aku...
Sangat suka....

Apa tuh UNAGI SUSHI???
Senang cakap... SUSHI BELUT... Hahaha
Aku pon sebenarnya x makan belut... Dah rupa2 ular aku tgk...Huhuhu
Tapi UNAGI SUSHI nih cara drg buat mmg sedap..Rasanya... YUMMY GILER!!!

Kepada sesapa yang nak cuba tuh...Aku syorkan... Sila try UNAGI SUSHI...
SANGAT SEDAP OK!!!!!





Saturday, July 3, 2010

Happy Moment

Hari nih....
Aku plan lain...Tp lain yg jadi.... Huhuhu.... Tu la orang kata takdir Tuhan... Kalau Tuhan mengkehendaki sesuatu tuh berlaku... Takde apa yang mampu menghalang...

Ini la yg terjadi kt aku hari nih... Ini kisahnya....

Ikut plan..Aku nak ke Alamanda Putrajaya hari nih.... Nak ke MPH Bookstore.. Nak cari novel baru... Suddenly dapat msg dr kawan lama... Ajak berkopi...
Memandangkan aku lama x jumpa dia... Giler lama... Ada la dekat2 nak 8 tahun x jumpa.. Kami nih kawan serumah masa zaman2 universiti dulu.... Punya la lama x jumpa.... Asalkan masing2 dok Lembah Klang j.... Huhuhu

So kisahnya tadi... Stesen kami berada di Mid Valley... Jalan2 cuci mata... Then minum2...
Lepas tuh lunch sama.. Wahh bahagianya....
Sambil2 lunch.. Kami berkongsi kisah hidup masing2....

P/s: Ita... Aku happy dong dapat outing dgn kamo.... Len kali kita outing lg ek....



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin