Monday, September 7, 2009

Dia Asalnya Dari Tulang Rusukmu

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??



Nota : Aku masih menanti, siapakah dia yang akan datang padaku dan mengatakan aku adalah tulang rusuknya...I'm waiting....

Also THANKS to Mala sbb post entry nih kt blog dia..N aku dgn x malunya mengopynya..Huhuhu...Thanks Mala....




7 comments:

abdul karim said...

ada buat solat hajat ?
agar ALLah tunjuk & temukan dengan pemilik tulang rusuk itu ??

luangkanlah masa sebanyaknya di akhir ramadhan ini, agar DIA meluangkan sedikit rahmatNya untuk kebaikan bersama...

tapi bak kata orang tua-tua, yang bulat belum tentu datang bergolek, yang pipih pun belum tentu datang melayang...maka berusahalah ..dan berdoalah..

Jake's Daughter said...

Karim,
I will.....Tp kekadang mcm putus asa..Ntahla...Kekadang cari di mana silapnya...Ntah...Salah aku sendirik kot x pandai bersosial....

abdul karim said...

ish...jangan la putus asa.. dan jangan juga dok sosial sangat ...

aku nak syer citer budak opis aku.. laki , hensem, bujang & still available..

dia memang suka 'mencari'.. bila dapat tackle, dia akan ajak keluar..kalau dah selalu boleh ajak keluar, dia akan cakap, nampaknya minah ni tak sesuai la..

sebab senang diajak keluar.. kekadang pening aku.. dah dia ajak..mesti kalau org lain ajak, pun dia layan gak ... nampak tak ??

bukan semua yang suka bersosial tu 'bernilai tinggi' di mata lelaki bujang ..

sebab lelaki yang masih membujang ni, pun jenis berkira gak.. sebab tu dia masih membujang..

tp bg aku, itu pilihan masing-masing... cuma kalau nak terlampau perfect, tunggu kat syurga nanti la..

sebab dunia adalah dunia.. realitinya tak seindah yang diimpikan...

Jake's Daughter said...

That is the thing.... Susah nak memahami lelaki nih...Kekadang apa kuar dr mulut drg x sama dgn apa yang ada dalam hati...Kekadang mcm malas nak memahami kaum adam nih...Huhuhu

Jake's Daughter said...

Lg satu...Aku x mencari yg sempurna..Aku cuma cari yg mampu sempurnakan aku...Means...Bole terima aku dgn KELEMAHAN n KEBURUKAN aku..Thats all...Sbb aku sedar diri aku bukan baik pon...So aku xde la mengimpikan lelaki SEMPURNA!!!!

ibu_uwais_ameenah said...

kak,
i pray for you!!

Jake's Daughter said...

Tq mala...Muaaahhh....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin