Monday, August 31, 2009

Merdeka


SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN
KE-52

Semoga Malaysia terus aman dan makmur




p/s: Aku j yang masih belum merdeka dr buat assignment..




Sunday, August 30, 2009

Aku Beroleh Ia...Thanks Iqa


Wah..
Hari nih aku sangat la HAPPY!!!!
Thanks pada anak buah aku IQA .....
Sangat la BERTERIMA KASIH dengan dia..Kerana kalau x kerana dia..Sampai hari nih la aku hampa...Hehehe..
Tadi masa balik dari PARAM..Hp aku terima call dr Iqa..Dia bgtau yang VCD filem Notting Hill dia dah jumpa n beli...Sangat la aku suka...Harganya RM40.00...Ada aku kisah???
Jnji aku dapat that VCD....
Sangat la suka..X sabar nak g LGM minggu nih...
Nak tgk sepuas-puasnya citer tuh....
Hehehe.....




Nota orang happy : Skrg nih aku senyum sorang2 j la...Senyummmm....


Thursday, August 27, 2009

Peristiwa Hari Khamis - Kelas MKM 730 BATAL!!!

Hari nih Khamis 27 Ogos 09..
Sepatutnya aku ada kelas MKM 730..
Aku gerak awal dr umah..Plannya nak singgah library dulu...
Kul 4 aku dah terpacak depan PTAR Puncak Perdana..
Cari bahan..dapat la jugak.
Alhamdulillah...
Elok j aku nak gerak kuar dr library
Aku dapat kol yang KELAS BATAL...
Alahai...Sabo j la...
Nak x nak..Hr nih aku join org2 yang balik dr keje..
Beratur meredah hujan kat jalan....
Hehehe..
Lama tol x merasa semua nih...Hehehe
Nasib badan....
Huhuhu.....



Nota orang malas: Kelas batal?? Yeaaaaa!!!!

Tuesday, August 25, 2009

Jadual Di Bulan Ramadhan


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Monday, August 24, 2009

Menjelang Syawal...Kalau Mampu..Aku Mau...


Puasa dah 3 hari..
Kejap j nih..
X lama lagi menjelma la Syawal..Tuh bermakna...RAYA..
Aku ada beberapa bende nak buat..
Kalau aku mampu...
  • Mau penuhkan rumah dengan perabot...Skrg umah aku kosong j..Kalau ada perabot baru..especially sofa..kan makin meriah raya aku..
  • Kalau boleh...Mau adik beradik dtg beraya kt umah aku this year....
  • Aku x balik kampung raya tahun nih..bermakna..aku akan cuba menahan diri aku daripada mengalirkan air mata...mampu k???
  • Baju raya?? Tahun nih mau cuba tidka membeli sepasang baju raya..Itu hari my Korean Silk nak dijadikan baju raya..Tapi dah dipakai masa kenduri cousin aku..So no more baju raya...
  • Kuih raya??? Aku akan pastikan tidak berlaku pembaziran disini...Beli sket2 j....

Banyak lagi nak senaraikan nih...Nanti aku sambung lagi kalau aku terpk....

Ramadhan Itu Indah

Sunday, August 23, 2009

Bisa Bantu Ngak???

Aku sejak semalam BENGANG!
Bengang dengan YM n LAPPY aku nih..
Ntah apasal ntah..Aku nak log in x ble..
Org lain log in bole la plak....
Mengong betol la...
Arrrgghhhh....
Aku MARAH nih...
YM adalah sebahagian daripada keperluan aku....
Kalau dah x ble nak log in..
Apa barang beb...???


Pertanyaan Org Bengang : Kengkawan..Ade sesaper bole tolong selesaikan masalah aku????

Saturday, August 22, 2009

Dah Selamat Satu

Alhamdulillah..
Dah berjaya habiskan hari pertama puasa...
Emm....
Banyak rezeki aku Allah limpahkan hari nih..
Makan sampai kenyang..Tapi mujur cepar sedar diri...
Alhamdulillah..
Mudah-mudahan esok rezeki murah lagi...

Tapi AWAS!!!!
JANGAN MEMBAZIR!!!!



Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 2009


Mlm nih..Akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja..
Tarikh bermulanya Ramadhan bagi seluruh umat Islam di Malaysia...
Dan aku menjangkakan..
Seperti biasa..Anak bulan tidak kelihatan
Dan...
Tarikh bermulanya Ramadhan adalah pada Sabtu, 22 Ogos 2009..
Kepada semua kawan2 yang beragama Islam..

Selamat Menyambut Ramadahan 1430H..


Semoga ramdahan tahun ini akan membawa seribu rahmat buat kita semua..
Selamat Berpuasa..

Tuesday, August 18, 2009

Banyaknya..


Perghhh...
Banyak wei assignment nak kene siapkan..
Tgk kat bawah nih..

SMM 730 - Prof Dato' Dr. RAY - 3 more
MKM 710 - Dr Laili Hashim - 2 more

MKM 730 - Mr. Safawi - 1 more

TOTAL = 6 more assignment..
Banyak tuh...Mampuih aku...Hahaha

Mau Jadi Seperti Anna Scott


Hari nih..Aku dok terpikir...
Alanglah bahagianya menjadi Anna Scott...
Tidak perlu popular seperti dia..
Cukup bertuah jika menjadi seperti Anna Scott...
Sentiasa dicintai dan disayangi Willliam Thacker..


p/s: Kawan2....Jangan mudah terpedaya...Ini semua gara2 seharian menonton filem Notting Hill lakonan Julia Robert sama Hugh Grant....Kene plak dgn lagu temanya When U Say Nothing at All....Alahai...



Si Pantas Usain Bolt

Usain Bolt, jaguh pecut dunia kembali menggegar dunia sukan dunia...

Semalam dia sekali lagi memecahkan rekod dunia 100M milik beliau sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Olimpik Berlin.

Dia menamatkan larian dengan catatan 9.58 saat untuk mengatasi rekodnya sendiri 9.69 saat yang dilakukannya pada Sukan Olimpik Beijing 2008.


p/s : Larian dia memang sepantas kilat..Sangat pantas..Kalau aku bole bt sepantas tuh dalam menyiapkan semua assignment aku kan best...Huhuhu...Tapi apakan daya..Aku cuma Hasnida..Bukan Usain Bolt...

Sunday, August 16, 2009

CSI Miami...Aku Teruja

CSI MIAMI kembali...
Aku sangatlah teruja
Tatau kenapa..
AKu sangat la crazy dgn satu watak dalam citer nih..
Sape dia???
Korang tgk la kat bawah nih...
Ish3...
Sangat suka...

Dia adalah ADAM RODRIGUEZ aka ERIC DELKO!
Sangatlah suka....




Saturday, August 15, 2009

X Faham

Kekadang terfikir..
Kenapa ek..Aku payah sangat nak adapt apa yang aku study skrg....
Karat tol la...
Geram pon ada..
Aku tgk kengkawn lain steady j..Aku j yang dah mcm ayam berak kapur...
Tebal sangat k karatnya...???
Apa masalah aku sebeanrnya???
Mujur ada kengkawan especially Mama Carrie yang banyak encourage aku..
Thanks kak...




Friday, August 14, 2009

Marathon Assignment


Untuk kawan2 semua..
Selamat Berhari Minggu..
Aku??
Hujung minggu nih aku masuk marathon...
Marathon menyiapkan assignment...
Hahaha...
Masa makin suntuk...
Nak x nak...
WAJIB BUAT!!!!


Suatu Hari di SenHeng..Aku Sebenarnya Marah Nih..


Pendekkan cerita..
Hari nih kan Jumaat
Hari yang penuh berkat..
Tapi nak buat mcm mana
Dek kerana insiden nih...
Jumaat aku kali nih xde la ceria sangat..
Jumaat aku telah dipenuhi dengan sedikit rasa marah..
Kisahnya...
Dah namanya CUSTOMER...Mesti la ALWAYS RIGHT kan??
Minah sales girl kt SenHeng nih la...
Boleh dah aku bayar baru dia bgtau barang yang aku nak ode xde stok...
Bole dia nak kasik aku yg display..
Kalau korang nak?????
Dah aku ckp xnak....
Dia pujuk aku...
Besok dia hantar dulu barang yang aku beli..
Aku tanya dia..Barang yg satu lg bila nak hantar???
Boleh dia suruh aku PG AMBIK...
Kalau korang jadi aku????
Mcm mana aku x tinggi suara kt SenHeng tadi...
Pheewww...Sket j lagik...
Mmg aku nak panggil dia punya Manager....
Mujur ada Sales Man lain yg try setelkan masalah aku
Dah la tuh...
tetiba plak time aku..
Invois X BLE PRINT....
Sekali lagi aku HANGIN!!!
Aku siap warning..
Besok kalau xde dua2 barang yang aku beli..
Aku akan MENGAMUK k SenHeng Bandar Baru Bangi....
Kita tunggu esok!!!!


Nota orang marah: Bila dah baca entry nih...Kesimpulannya BUKAN SALAH AKU KAN????? Aku rasa AMOI tuh kurang kusus la pasal entertain customer....



Thursday, August 13, 2009

It's All About The News



Skrg nih aku dah boleh senyum...
Sampi ke telinga...
Dah x kish dgn soklan2 kawin bagai...
Aku senyum j skrg nih....
Apa org nak ckp..Apa org nak tanya..Itu drg punye pasal....
Skrg nih time aku BERGEMBIRA...
Buat Shopping List...
Bla3.....
Hehehe
Semuanya kerana BERITA ITU...
Alhamdulillah...

Tuesday, August 11, 2009

Xcuse Me Girl...Kenapa U X Kawin Lagi??

Tgk entry pon dah tau kan apa isu aku nak citer...
Tu la pasalnya..Aku x marah dgn soalan nih..Cumanya aku lemas..Asyik2 soklan yang sama..
Aku bosan sebenarnya nak menangani soklan2 mcm nih....
Sebab jawapan aku statik j..Sama j dr dulu sampai skrg..
Habis tuh aku nak jawab apa lagik kan???
Ok En Kacak dan Puan Jelita..
Meh aku jawab sket....
Xde manusia yang xnak kawin...Xnak ada family sendiri ye en2 dan puan2 sekalian....
X normal kalau orang tuh xnak semua nih....
Dan sebagai manusia normal...
Memang aku nak semua tuh...
Senang citer la...Jodoh aku blom sampai ye en2 dan puan2....
Aku masih x menemui orang yang bakal berkongsi hidup dgn aku samlai aku tua...Sampai aku mati....
Nih semua kerja Tuhan...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku...
Aku sebagai hamba..Redha j la...Nak buat mcm mana....
Dan aku yakin....Semua yang berlaku nih...Ada sebab dan Alasan yang tersendiri...
Aku bukan manusia yang nak merintih menangis meratap pasal semua nih...
Dr buat semua tuh...Baik aku buat keje2 yang berfaedah...
Aku dah penat menjawab soalan2 pasal JODOH nih ye en2 dan puan2...
Aku PENAT!!!!
Harap maklum ye en2 dan puan2....
Tolong la fahami keadaan aku..
Sepertimana aku cuba memahami keadaan anda2 semua...
Please make it simple and easy...
For you to understand...and for me to face it...
HARAP MAKLUM!!!!



Nota ala2 bosan: Aku tau bende nih xkan habis kt sini j...en2 dan puan2 nih xkan berhenti daripada berkicau...Selagi aku x kawin...Selagi tuh la mulut2 comel nih akan berkicau.....Emmm...So Hasnida...Banyak2 bawak sabar ek....hehehe




Kenapa Aku X Makan Nasik


Sebenarnya kejadian nih dah lama dah berlaku...
X silap aku dah lebih 2 minggu dah...
Kesnya bukan besar mana pon...
Tekak aku ni j..Dah nak bertukar rasa plak..
Aku jadik x lalu nak makan nasik...
Seingat aku...
Sepanjang nak masuk 3 minggu nih..Aku makan nasik cuma dua kali j...
Rabu n Khamis lepas..Kt umah abang aku...
Selain daripada tuh..Xde la aku menjamah bende yang dipanggil nasik...
Bukan sbb berdiet..Tapi ntah...Mmg aku x lalu nak makan pon....
Huhuhu.....
Sabo j la..
So bt masa skrg nih...Aku makan patut2 j...
Roti..Mee...Meehon..
Kecuali nasik....
Emmm mungkin tekak aku nih study nak posa kot kan...
Bagus3.....




Menanti Ramadhan dan Berita Itu

Hari nih dah 11 Ogos 2009
Lepas 10 hari...Umat Islam semua akan sambut puasa plak...
Seronoknya nak puasa....X sabar nak berbuka dengan kawan2 kat Universiti..
Tapi kesian juga dengan kawan2 yang dah berkeluarga...
Takpe..Dalam seminggu....3 kali j kita berbula sama..
Bakinya...kita berbuka dengan keluarga di rumah..
Betul x kawan2????
Tapi, selain menanti Ramadhan...Aku juga menanti satu lagi berita gembira..
Emmmm...Harap2nya...
Sehari dua nih aku akan beroleh berita gembira...
Amin....

Monday, August 10, 2009

True Friends..

A True Friend Is Like A Computer..
They "ENTER" Your Life;
"SAVE" You In Their Heart;
"FORMAT" Your Problems;
"SHIFT" You To The Opportunities; And
Never "DELETE" You From Their Memory!


p/s: Aku terima email ini dr seorang kawan nun jauh di Saudi Arabia..
Thanks Ray coz always remember me...

Sunday, August 9, 2009

Mari Melayan Hari Ahad

Wah,
Ahad la uolllss...
Korang btpe Ahad??
Aku rasa2 xde mende dah nak bt...
Dah siap dah segala bagai...
Nak layan CSI j jap lg...
Hehehe..
Selamat berhari minggu.....




Sombongnya Dia...

Entry nih khas untuk 'akak itu'
Akak yang bertugas di pejabat am fakulti aku study....
Malas nak sebut school mana di UiTM tuh..
Tapi alahai...Sombong dan x beretikanya...

Gini kisahnya...
Aku cuma terlewat 5 minit j untuk berurusan..
Dan urusan aku tuh pon...Bukan besar mana pon...Cuma nak hantar VALIDATION COURSE aku untuk semester nih j...
Yang jadi masalah dan menyebabkan aku panggil dia bukan apa..
Sbb kt situ dia letak dua tray j...
1. Untuk lepasan DIPLOMA
2. Untuk lepasan STPM/ Matrikulasi
Habis tuh..Aku yang dari Master Programme nih ( yang dah sah2 WAJIB ada degree) mcm mana?? Mana aku nak campak VALIDATION COURSE aku tuh???
So, aku dengan muka manisnya, panggil dia untuk tanyakan bende tuh..Jam baru 0505pm....
Bole dia jawab..'Dah pukul 5 la..Kaunter dah tutup!!!!!'
Pastuh aku ckp kt dia..Just nak tau Pelajar Master punya Validation Course nak letak kat mana? Sini cuma ada tray untuk Lepasan DIPLOMA, STPM n Matrikulasi j???
Dengan KASAR n TARIK MUKA...Akak nih sound mcm nih..'Letak j la kat mana2...Nanti tau la kami asingkan!!!!!!!'
Wahhhh...Sombong betollllll!!!!! Meluatnya aku.....
Aku x mintak tolong banyak la dr dia..Just asking...
Mcm nih k servis yg baik?? Yg kononnya dah dapat anugerah itu ini...
Harap2 akak tuh ditukarkan la kemana2..Lemas aku tgk dia...
Akak oiii...Sebab ko...Fakulti, Universiti yang BURUK NAMA!!!!
Tolonglah kak....
Dan aku pasti..Jawatan ko kat situ..PALING TINGGI pon EO j...
Sedar2 la diri kak...
So please la jangan nak sombong sangat!!!!
Huh..Panasssssssssssssssssss jer aku hr tuh......


Info to Share

Aku terima email ini dari seorang kawan....Mungkin boleh dikongsi dengan kawan2 semua...


1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

X salah kan berkongsi maklumat yang sebegini...'Sharing is caring..'

Saturday, August 8, 2009

Nurul is Cooking

Hari Sabtu..
Aku sampai Saujana around kul 1 tgh hari...
Dah tengah hari...
Sampai umah...Sapu sampah..mop lantai...
Alamak sakit pinggang beb...
Hahaha...Tingkat atas aku dah surrender...
Aku vacumm j..X larat dah wei..Patah pinggang aku...

Lunch??
Anak sedara aku masak Spagethi Bolognese (betul k aku eja nih??) Belasah...
Hahaha
Aku blom try lg...
Jap lg aku p try...

p/s: Sudah mencuba Nurul punya Spagethi Bolognese...Wallah..Thumb up....Mak Cu hr nih tolong potong2 mana yg patut j ek...Nurul yg masak semua...Nyam2..Sedap.....Hehehe..Len kali bole masak lg.....

Thursday, August 6, 2009

Itu Kamu..Dato' M...

Yes..
Hahaha.....
Nih entry x sengaja tau....
Hahaha...
Hari nih sepatutnya aku pg kelas..gerak dr umah kul 4.30ptg...
Tapi last minute aku decide pg awal..Aku gerak dr umah lebih kurang kul 3.45...
Sampai school lebih kurang kul 4.15..Siap print n fotostat assignment..Aku drive masuk ke parking lot school aku...
Masuk j parking lot...Aku nampak seseorang tgh sibuk berbual dgn Mr Farizal....Aku terus memandu dekat lagi..Dgn harapan untuk memastikan adakah benar dia???
Wahhh...Betul la.....
Itu adalah Dato' M...
Wahhh..Lamanya x jumpa u Dato' M...
Emmm....U still look the same..Past 20 month ago....
X berubah langsung...
Fizically...Emotionally...Appearence....
Senyuman itu, Lesung pipit itu...
Aku tahu bahawa....
ITU KAMU.....
Dan aku juga masih mengenali seutas jam tangan di tangan kirimu itu....
Nampak serupa dengan yang ada di tangan
aku...YES!!! SANGAT SERUPA!!!
Tidak syak lagi...Memang...
ITU KAMU!!!!

Kesempatan berbual seketika... So sweet...
Seolah2 kita x berbual sejak 10 tahun yg lepas...
Dan 'jabatan tangan' merupakan akhiran kepada pertemuan tanpa dirancang itu.... Tanda masing2 perlu meneruskan aktiviti dan urusan masing2...
Hope can meet u again Dato' M...
I'm happy to see u happy....




p/s: Pesanan untuk Dato' M, CD Everlasting Love tuh..Bukan DERMASISWA ek...Itu hanya pinjam-pinjaman..Sbb tu salah satu CD kesayangan i yer...Sangat sayang...
Jangan lupa PULANGKAN yer Dato'......
Harap Maklum....

Malam Bulan Dipagar Bintang


Wah..
Tadi masa on d way balik dr kelas...
Aku ternampak satu pemandangan cantik..
BULAN PENUH...
Cantiknya...
SANGAT INDAH....

p/s: Cantik kn bulan tuh....I'm addicted to the moon...


Cikgu Marah

Semalam...
Masa awal2 kelas...Dr yg ngajar tuh..moody la plak..
Sampai ugut2 nak batalkan kelas dan suh kami semua balik
Huhuhu...
Ala cikgu..Jangan la marah2..X baik tau...
Hehehe..Nnti cepat tua tau kalau selalu marah2..
Hehehe...

Monday, August 3, 2009

Sunyi Sepi

Besok..
Sampai la Jumaat..
Rumah aku akan sunyi.....Xde orang..
Rumah sunyi j...
Sedey la......
Alah...Mcm x biasa kan??
Sebenarnya lepas kejadian...Anak buah aku yg selama nih jadi peneman setia aku dah nak moving out dr umah aku....
Sorry ek..Bukan kami gaduh ek..Cuma dia kehilangan MOTOR KESAYANGAN...So dah susah la nak berulang pg keje...Then dia decide, nak dok dgn kawan dia kt Sek 16, Bandar Baru Bangi....
Aku mmg la sedey..Tapi nak bt mcm mana kan..Is good for her...
Aku doakan dia cepat2 dapat kompol duit n beli motor lain..
Lambat la tunggu nak claim insuran..huhhuhu
Dah ada motor nnti, bole la balik dok dgn aku...
Baru la best...
Tapi aku x ble bayangkan la hidup sengsorang kt umah nih...
Giler sunyi n x best..
Aku nak kene ada kawna bercakap...Sbb aku ske bercakap...
Huhuhu....

Saturday, August 1, 2009

Woman - John Lennon

Woman I can hardly express,
My mixed emotion at my thoughtlessness,
After all I'm forever in your debt,
And woman I will try to express,
My inner feelings and thankfulness,
For showing me the meaning of success,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman I know you understand
The little child inside the man,
Please remember my life is in your hands,
And woman hold me close to your heart,
However, distant don't keep us apart,
After all it is written in the stars,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman please let me explain,
I never mean(t) to cause you sorrow or pain,
So let me tell you again and again and again,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah)...


Lagu nih...Best....WOMAN.....
Spirit to me....
Layannn....

When U Say Nothing at All....

Its amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word, you can light up the dark
Try as I may I could never explain
What I hear when you dont say a thing

The smile on your face lets me know that you need me
Theres a truth in your eyes saying youll never leave me
The touch of your hand says youll catch me when ever I fall
You say it best..when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near, you drown out the crowd (the crowd)
Try as they may they can never define
Whats been said between your heart and mine

Chorus x 2

(you say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all..)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Lets me know that you need me..

Chorus

(you say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all..)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Lets me know that you need me..

(you say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all..)

(cover version by Ronan Keating...)

p/s: x payah cakap x payah xplain...Lagu nih mmg best..Mmg la sangat romantik...Petang2 mcm nih, layan lgu nih..mmg la sangat best....
Dah 3 orang menyanyikan lagu yang sama..X kisah nyanyian saper..Lagu nih ttp bestttt....

Cerita Hari Sabtu

Program aku pada hari SABTU nih batal..
Gara2 banyak jalan ke kl di tutup...
Sabar j la...
Sorry yek kakakku....x dapat nak memenuhi impian ko hari nih...
Emm
Dah xde apa2 aktiviti...
Aku dok umah j lah...Nak siapkan assignment xde mood...
Nak keluar..badan rasa mcm nak DEMAM plak..
huhuhu...
Tapi yg aku x ske jadik jugak hr nih...
MENCIKKKK!!!!!
Aku nih kalau keseorangan kt umah....
Cuaca redup plak tuh...
Mula la mellow...Mula la sedey...
Mula la tingat la kisah2 syahdu...
Aku mencik keadaan nih..
X sukerrrrrrrrrrrrrrrr......


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin