Friday, July 3, 2009

Realiti Hidup.....

Semua di bawah ini memang ada kebenarannya kan?? Bacalah....


Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman
.
Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul
.
Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..
.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh
.
Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati
.
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu
.
Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok laĆ¢€¦. Bagai pinang di belah dua..
.
Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!
.
Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu
.
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject
.
Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus penuh dgn kasih sayang..
.
Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi
.
Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato mana bela ni
.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni
.
Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..
.
Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu
.
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh
.
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu
.
Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..
.
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2
.
Kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu
.
Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu
.
Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu
.
Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke? sibuk ni tau tak..?
.
Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya
.
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia boring!!

Wanita2 semua...Anda rasa anda di kategori mana??
Sekadar ingin dikongsi bersama....

2 comments:

abdul karim said...

hu hu.. aku tak kisah hal mcm ni.. kalau dah rezeki, kat mulut naga pun boleh dapat.. tapi kalau tak ada rezeki, dah telan pun boleh termuntah...hu hu..pernah gak muntah hijau mabuk laut...

Jake's Daughter said...

Hahaha..Rezeki tuh ketentuan Allah kan????

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin