Friday, July 31, 2009

9 Siti...

Antara 9 Siti yang patut dicontoh:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia
kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah
pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali
maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali
).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk
mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat
utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud
dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita
tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah
ini, insyaAllah


Tahniah

Untuk my dearest frenz..

:: ::
Shahida Farwin n Husband
:: ::

TAHINAH
Atas kelahiran anak kedua..
2nd Baby Boy....
Pada jam 6.36 petang
30 Julai 2009

TAHNIAH!!!!!

Thursday, July 30, 2009

Lelaki dan Wanita

LELAKI & WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -


1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.
HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Sama2 Kita Renungkan


Here's some very good advice...
"Be happy with what you have and more will come your way".


"Start by being thankful. Be happy with what you have now, and more will come your way."

Every time you say a silent "thank you" you become more peaceful – and more empowered

Wednesday, July 29, 2009

Cerita Kucing..Harap Maklum En Meow!!!!

Nih insiden pagi nih..Si kucing jantan..
Geram betol aku..Dia mcm tau2 j aku nih takot kt kucing jalanan....
Sabo j la...
Pagi tadi...Masa nak sarap...Aku dengar bunyi mengeow2..Sabo j la...Aku intai2..Dah sah!!!
Sekor kucing tgh bt muka ala2 manja...nak masuk dalam umah...Gesel2 kt keta aku..pastuh peace....Hantu tol...Kencing kt keta aku tuh..pastuh bole bt manja2 lg....
Sbb aku nih penah menyayangi kucing..Aku syoh2 halau j..xde la aku berkeras....
Pastuh..Nurul (anak buah aku) balik bawak sarapan....Kami berdua pon layan la bekfas...
Sedor2 pakcik meow nih dah masuk umah...dah dekat nak sampai meja makan...
Wahhhh...melompat aku sambil menjerit2..panggil Nurul...suh kuarkan pakcik tuh dr umah...
Melampau tol...Siap nak masuk umah....Lebih dah nih....
Mak marah nih....
X pasal2 tadik aku jadik psiko jap..
Bercakap dengan kucing...
Merayu2 kt dia supaya tinggalkan umah aku..
Pg la carik umah orang lain bt tempat berteduh...
Huhuhu..
Mujur en kucing comel berbelang putih hitam n oren tuh mau dengar cakap aku....
Lenggang kangkung dia tinggalkan umah aku..
Alhamdulillah...
Time kasih En. Meow...
Lepas balik dr pos opis..Aku bawak keta aku yg kene peace dgn pakcik meow tuh pg carwash..
Mana bole x cuci..Keta aku dah kene peace wei....
Pesanan untuk en meow...Please ek..
Jangan datang umah aku dah...
Penat la nak melompat2, menjerit2 menerima kehadiran awak...
Harap maklum en meow ek....
Bukan x suke ko..
Tapi aku FOBIA!!!!


Jangan Bilang Tidak

Aku sangat menyukai lagu ini....Hehehe...Best..Lirik Best..Lagu pon best.....Layannnnn....

Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak


Knife by Rockwell...Bestnye lagu nih...

Rockwell Lyrics

Mid Sem Break

Cuti pertengahan semester aku di awalkan...
Sbb nak menangani H1N1..
X best langsung...Nama j cuti... Tapi aku sibuk memulun bt assignment...Sabo j la..nak pandai punya pasal kan....
Kene la korban sket.....
Kesian kat kengkawn yang dah plan mcm2 sempena raya...Nampak gaya...Raya nih...Pendek la cuti kami semua....
Emmm....Kengkawan yang rancang balik kpg lama tuh....
Banyak2 bawak bersabar yek.....
Kena plan semula la kan cuti2 anda semua....
Aduhhhh....

Tuesday, July 28, 2009

Angel in the Family

Tadi baru sudah aku nengok satu movie...Memula nampak mcm x best sangat..Tapi lama2...Setengah kotak tisu aku selesai..
Waaaaa..Xmau kenapa aku emo tgk citer nih....Sangat2 menyentuh hati...
Sbb tu la aku sangat la suke tgk citer2 kt Hallmark Channel...
Aiyok...Sangat menyentuh jiwa....
Kalau korang berkesempatan..
Sila la tgk cerita ni....

Angel In The Family
Sarah Bishop and her estranged sister Beth are reunited after their father Buddy suffers a mild stroke. Buddy, who's never accepted the loss of his wife Lorraine, wants only one thing-to return home for Christmas. With sweet memories of a life gone by, Sarah makes an impossible wish that her mother could be there, too. By morning, it is as if a winter prayer has been answered. Bearing a message of hope, healing, and everlasting love, a miracle has arrived...

Monday, July 27, 2009

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari



Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Al-Fatihah - Perginya Seorang Yasmin

Agak lama aku tinggalkan blog aku tanpa sebarang usikan..
Tapi kali ini aku akan menulis dalam keadaan yang agak emosi...
Al-Fatihah untuk Arwah Yasmin Ahmad
Berita ini meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada aku..
Kalau x..Xkan la aku menitiskan airmata kala aku baca halam utama Akhbar Kosmo hari ini..
Tak tahu kenapa aku emosional...
Mungkin...
Kerana aku adalah peminat setia semua iklan2 dan filem2 beliau..
Hasil karya beliau sangat menyentuh hati..
Filem2 beliau aku rasakan sangat dekat dengan diri aku...
SEPET terutamnya...
Apa lagi yang tinggal setelah pemergian beliau selain hasil karya beliau??
Akan adakah pengganti atau insan yang mampu menyamai kreativiti beliau???
Kita nantikan...
Al-Fatihah untuk keluarga Yasmin Ahmad... 1948-2009...

Friday, July 24, 2009

Maaf

As a human...
Aku x mampu nak memenuhi kehendak semua orang..
X mampu untuk menjaga hati semua orang..
Untuk anda yang terasa hati..Pada anda yang pernah dilukai...
Maaf...

Kerana aku x mampu nak memberi apa yang anda pinta...
Apa yang anda idamkan...
Dan apa yang anda inginkan..
Aku cuma manusia biasa...
Yang adil itu ALLAH..
Bukan aku...

Percayalah..
Ada sinar bahagia menanti anda disana..
Anda cuma perlu yakin..
Yakin dengan ketentuannya..
Kerana bahagia yang anda idamkan ada di sana...
Tapi yang nyata...
Bukan bersama aku...

Tanpa aku x bermakna tiada bahagia
Tanpa senyuman aku menemani
X bermakna tiada ceria...
Bahagia ada dimana2...
Andai hati yang tercalar itu belum ada ubatnya...
Besok, lusa...Sedikit masa lagi...
Sembuhlah ia...
Percayalah...

Wednesday, July 22, 2009

Mau Tidur..Tapi Blom Boleh

Jam udah satu lebih..
Jarang sangat aku dapat bertahan sampai time2 cenggini...
Apa nak buat..Sejak dengan rasminya jadik student nih..
Aku dah pandai extend waktu tidur aku..
Bukan atas kemahuan...Tapi keadaan yang memerlukan aku jadik cenggini..
Alahai....
Sebenarnya manyak assignment menanti untuk diperhatikan..Tu la pasalnya..

p/s: Untuk IZA aka GGAL...Gua sudah adapt sket2 ilmu lebamkan mata u tuh...

Monday, July 20, 2009

Nota Untuk JEJAKA MACHO Itu...

Salam...Frenz....
Nota nih khas untuk Mr Macho itu..Hensem lagi..Aku tau dia xkan baca blog aku nih..
So pedulik apa kan..Tulis j la.....
Kalau x kerana insiden itu..Rasanya aku dah kejar Toyota Hilux dia tuh untuk mintak no tepon dia...Nak berkenalan dengan dia...
Orangnya macho...Hensem lagik...
Susah mau citer..Kire kalau letak Fahrin Ahmad k...M Nasir k....Hans Isac k...Kompem kalah drg semua tuh...Cuma kalau letak FAIZAL TAHIR la kot..Aku pk 2 kali..Kalau x...Memang mamat nih yg WIN!!!
Kire mamat nih la yang akan menang..
Kisahnya...Kami sama2 berhenti di persimpangan lampu isyarat...
Biasala kan..Kalau benda cantik...For sure ada magnet yg menarik mata kita untuk memandangnya..
Pandangan pertama..
Kagumnya aku tgk dia..HENSEM SEH...
Giler mata aku buntang tgk dia..X beralih2..
Nak2 plak..Lampu isyarat tuh mcm paham2 j yg aku nak warna merahnya menyala lama sket...
Tapi....
Tiba2 j mood aku HILANG...
Langsung mamat hensem tuh kene rejek...
Langsung kemana hilang hensemnya iteww...
Cisss...
Kalau bende nih pompuan yg buat..Aku ble terima..Nampak la jugak kemanjaannya...
Tapi kalau LELAKI MACHO LAGI HENSEM yang bt bende nih...
Alamakkkk...Memang POTONG!!!
Korang tau apa yg dia bt???
DIA GIGIT KUKU DENGAN ASYIKNYA...
GIGIT KUKU tuh...
Nak mampos....
Ohh tidakkk............
So untuk brother macho n hensem tuh...
Please bro..Sementara kt lampu isyarat tuh..Kalau ye pon lama...Carik la xtvt lain bro....
sikat rambut k...betol2kan remos k...betolkan tie k....
Tapi tolong la JANGAN GIGIT KUKU bro...
Huhuhu...

Sunday, July 19, 2009

Selamat Bertugas di Hari Isnin

Besok MONDAY..
Semua orang x suke MONDAY termasuk aku..
Kepada kengkawan yang bekerja..
Selamat bekerja esok...
Senyum2 selalu di hari ISNIN...
Daaaa...

Saturday, July 18, 2009

Wanita

Kecantikan seorang wanita

bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

susuk badan yang ditampilkan,

atau bilaman ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita

harus dilihat dari matanya,

karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada

Friday, July 17, 2009

Lunch at Rozali Cafe


Hari nih Jumaat..Hari paling bermakna untuk kengkawan aku yang bekerja 5 hari seminggu...
Bsok n lusa coti...
Selamat bercuti kengkawan...
Aku hari nih ada lunch kt luar..Dgn my sis in law n anak2 sedara aku...
Hari nih aku dibawa lunch kat satu kafe nih..
Dr luar..Nampak sangat la ANGGUN kafenya...Nampak ekslusif...
Nama Kafe nih - RODZALI KAFE..
Pemilik kafe ini adalah orang kuat SYABAS iaitu Tan Sri Rozali..Dia join venture dgn one of chinese guy..Tu la info yang aku dapat dari akak ipar aku...
Meh nak citer pasal makanannya plak...
Tadi aku ode Kuew Teow Goreng (Penang Style) n minumnya....Tembikai Laici..
Rasanya???
Aku kasik 5 bintang...Sedap...
Dan yang paling sedap...adalah harganya....
Sangatlah berbaloi...Korang kire la..Sepinggan Chicken Chop..Baru RM8.50..Murah kan??
Kalau kt Coffee Cat Bangi..Pegi berbelas ringgit..Dah la kedai besa2 j....
Roti balarnya pon sedap..Murah lg...Satu set singgit j..SINGGIT??? Iyer...Murah kan???
Kuewteow yg aku makan tuh..Baru RM4 sepinggan...Amat Berbaloi....
So kepada sesaper yang berkesempatan merayap ke Kota Damansara..Silalah ke....
RODZALI KAFE di KOTA DAMANSARA
Aku sugest kt korang semua...
Memang BERBALOI...
Hehehe....

Thursday, July 16, 2009

Kehidupan Baru

Sejak beralih status...Oppsss..Bukan dr BUJANG kepada BERKAHWIN ye..Tapi perubahan status dari PEKERJA kepada PELAJAR...
Jangan salah anggap...
Rutin hidup aku dah TOTALLY DIFFERENT!
Tiap2 SELASA - KHAMIS..Aku di kene attend kelas dari jam 6-9....Tuh time kelas..Selalunya kene kuar awal sbb jnji dengan kengkawan kelas...Nak pg library..Nak sudahkan assignment....
Sblm nih aku selalu ingatkan yang aku akan ad abanyak masa untuk bersosial...Bermaksud aku punya masa nak jengok kawan2..Lepak2 n makan2 dgn kengkawan...
Rupanya tanggapan aku SILAP SAMA SEKALI....
Sejak bergelar student nih..AKu mcm x cukup masa...
Huhuhu...
Kenglawan pon ramai yang dah komplen..Aku semakin menghilang dr dunia siber...
Hahaha...
Sorry Linda, G Gal dan yang lain...
Aku x punya masa..K aku yang x pandai manage masa???
Huhuhu..
Sibuk rupanya jadik student nih...
Tapi masa bt degree dulu x bz pon..
Huhuhu...

Tuesday, July 14, 2009

Bergumbira di PULAPOL

Me n HERO for that day...


He look so HANDSOME..Hahaha


Cantik view nih..Ai like...


Sabtu lepas..
Aku temankan Pak Su n Mak Su aku ke PULAPOL
Anak lelaki drg tamat latihan sebagai Inspektor...
Anak lelaki drg..bermakna sepupu aku la kan...
Hehehe...
Ramai yang tegur..Sepupu aku nih rupanya mcm penyanyi REM tuh....
Sama k??? Aku tgk xde pon...
Huhuhu...

Sunday, July 12, 2009

Nota untuk Mike : We Came From the Different Planet...

MIKE...
We are TOTALLY DIFFERENT..
Dunia anda..Bukan sealiran dunia saya...
Latar anda..Bukan latar biasa untuk diri saya...
Kesimpulannya..
MIKE..
WE CAME FROM THE DIFFERENT PLANET...
How come kita nak share EARTH together????
I leave it as a question to u and me
Right now..We just follow the flow...

Wednesday, July 8, 2009

Kelas Pertama

My Matriks Card...Cun x??? Hehehe...

Semalam selamat aku habiskan kelas pertama aku..
SMM 730 - Information Sources and Management
Pensyarahnya?? Adalah pensyarah paling popular dalam fakulti iaitu Pak Ray...
Dia nih x payah cakap la kan..Kalau kelas dia..4-5 jam pon rasa baru sejam j..
Hahahaha..He full of funny..
Aku harap kelas2 seterusnya pon akan membuatkan aku bersemangat nak study...
Mcm kelas Pak Ray nih....
Amin

Tuesday, July 7, 2009

Hari Pertama ke Sekolah


Hari nih hari pertama ke sekolah..Hehehe
Dah lebih 6 tahun tinggal zaman u..Skrg nih nak balik ke zaman tuh semula..
Hehehe
Petang nih kelas pertama bermula...
Kelas jam 6 ptg - 9 malam...
Akan di update later..
Bagaimana la kisahnya aku pada hr pertama dalam kelas...
Hehehe....
Jangan x tau.
KELAS MURID2 DEWASA..

Friday, July 3, 2009

Ladies....Betul x???

Aku akui..Kekadang ini semua yang aku fikirkan...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…

kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke pondan !!

Inilah relaitinya....

Realiti Hidup.....

Semua di bawah ini memang ada kebenarannya kan?? Bacalah....


Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman
.
Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul
.
Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..
.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh
.
Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati
.
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu
.
Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok laĆ¢€¦. Bagai pinang di belah dua..
.
Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!
.
Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu
.
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject
.
Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus penuh dgn kasih sayang..
.
Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi
.
Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato mana bela ni
.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni
.
Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..
.
Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu
.
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh
.
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu
.
Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..
.
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2
.
Kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu
.
Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu
.
Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu
.
Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke? sibuk ni tau tak..?
.
Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya
.
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia boring!!

Wanita2 semua...Anda rasa anda di kategori mana??
Sekadar ingin dikongsi bersama....

Thursday, July 2, 2009

Sujudku

Ntah kenapa..Tadi masa solat Isyak..Pada sujudku di rakaat terakhir...
Tetiba j ada rasa sayu menyelinap dalam hati aku....
Lepas bagi salam...Aku pikir balik....Apa yang aku lalui hari nih..Tapi aku masih tiada jawapan...
Dalam doaku...Aku pohon..Seandainya ada perbuatanku yang menyinggung hati sesiapa..Kemaafan yang aku pohon..Dr siapa??? Dari sesiapa saja....Samada dari mereka2 yang mengenali aku ataupun tidak....
Tapi aku masih tertanya2...kenapa rasa sayu tu hadir??
Mungkin Allah suntik sedikit rasa insaf dalam hati aku??
Mungkin.....
Allah..terima kasih atas peringatan dan keinsafan itu....



Linda, Wan n Iza...Sila La Jawab Tag Ini...

1. The rules of the game get posted at the beginning

2. Each player answers the questions about themselves

3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time

05.07 pm - 02 July 2009~~

.

Name

Jakedaughter - Bermakna Anak Perempuan Jakeria..Bapak aku!!

.

Shoe size

6

.

height

160 cm - X cukup tinggi la nak jadik catwalk model~~

.

Where do you live

Taman Puncak Saujana... Kajang!!

.

Have you ever been on a plane

Penah..P Sabah last December~~

.

Swam in the ocean

Pernah..Tapi bukan kt laut la..Kt Kolam Renang Danau Golf Club j..Hahahaha

.

Fallen asleep at school

Penah..Masa dok hostel..Banyak sangat makan nasik kawah kot...

.

Broken someone’s heart

Pernah kot....Ntah...Penah sebenarnya...Ada la beberapa kali...

.

Fell off your chair

Penah..Masa sekolah dulu..Sakit satu hal...Maluuuuuuuuuu satu hal....

.

Sat by the phone all night waiting for someone to call

Penah...Masa tuh menunggu panggilan dr Mr Z...Dapat j kol..Sembang x hengat..sedaq2 dah subuh..Agak2nya..Berapa la bil tepon dia ek???

.

Saved e-mails

Ada sesetengah yang aku rasa nak baca berulang2 kali..

.

What is your room like

Skrg nih ada dua keadaan - Bilik umah sewa - BERSEPAH, Bilik umah baru - KOSONG....Huhuhu

.

What’s right beside you

Almari baju

.

What is the last thing you ate

Rojak Buah..Baru sat2 habih...

.

Ever had…Chicken pox

Baru x baru la kene...February lepas..parut pon ada lagi..Huduhhh

.

Sore throat

Kerap jugak la...Skrg nih sihat ok..(risau H1N1 sebenarnya)

.

Stitches

Pernah...Tahun 2005..Idup2 Dr tuh jahit luka kemalangan ka tangan aku..x buh ubat bius plak tuh..Adoiiiii...Sakit giler....Mujur Dr tuh hensem...

.

Broken nose

Xde kot...

.

Do you Believe in love at first sight

Sangat Percaya!!!!

.

Like picnics

Ai like...

.

The last person you danced with

Biarlah RAHSIA....

.

Last made you smile

Semalam...Masa perabot dan peralatan baru sampai kt umah baru..Sampai ke telinga aku senyummmm....

.

You last yelled at

Minggu lepas kot..Jeritkan anak buah aku..Huhuhu

.

Today did you…Talk to someone you like

Nope

.

Kissed anyone

Yup...Mukhriz Adiff...Anak buah aku yg paling kecik sekali...Hahaha

.

Get sick

Tahun nih aku kerap sangat demam...Harap2 lepas nih x lagi...

.

Talk to an ex

Selalu jugak..Dia kol sekadar tanya khabar..Hehehehe..Tanya khabar j k????

.

Miss someone

Setakat jam nih..Xde kot...

.

Who do you really hate

Emm...Setakat nih...Xde kot...Yg benci2 sayang tuh ada la...

.

Do you like your hand-writing

X berapa nak suka..Sbb tulisan tangan aku BURUK la...

.

Are your toe nails painted

Tidak pernah sekalipun seumur hidupku.....Diulangi...TIDAK PERNAH..

.

Whose bed other than yours would you rather sleep in

Tiada yang dapat menandingi katil dan tilam bujangku iteww..hahahha

.

What color shirt are you wearing now

Coklat

.

Are you a friendly person

Aku rasa IYER kot....Kawan2 ku..Apa pandangan anda??

.

Do you have any pets

Nan ado..

.

Do you sleep with the TV on

Selalu sangat...Membazir tau...

.

What are you doing right now

Tgh jawab TAG DARI MALA

.

Can you handle the truth

Boleh kot..Insyaallah..

.

Are you closer to your mother or father

Dua2 x..Sbb mak ayah aku meninggal masa aku kecik...

.

Do you eat healthy

X kot...

.

Do you still have pictures of you & your ex

Kebetulan semalam masa kemas2 umah..Nak pack barang..terjumpa la gambo2 lama....Hahaha...Layannnn

.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to

Ntah...Xtau la..Selalu aku telan sendirik j...Mmg Xde tempat nak mengadu pon..

.

Are you loud or quiet most of the time

Both

.

Are you confident

50~50

.

5 of my bad habits :

Baran

Kuat nangis

Kekadang laser

Susah nak DIET

Cepat MARAH

.

5 people tag :

Linda

Wan

Iza


06.26 pm DONE!!!

It's July


Emm..Cepatnya masa berlalu..
Dah Julai la...Dah separuh tahun aku tempuh...
Emm..Masa untuk 1st review...
Apa yang dah jadik dalam tahun 2009..
Nampak gaya....1 dah temui sinar nya yang semain terang menyuluh...
Yang satu lagi tuh..Ntahla...X masih x nampak pon sinarnya...
Huhuhu...

Wednesday, July 1, 2009

Sunyi dan Sangatlah Bosan..

Aku dah mula angkut barang2 yg ringan dan kecik2 ke rumah baru...
Dan ketika entry ini ditulis...Aku menulis di rumah baru aku la...
Memang teruja nak masuk ke rumah baru..Sangattttt......
Tapi bla dok sengsorang kt sini.....Isu teruja dah x timbul..Sebaliknya...aku kesunyian dan kebosanan kt rumah nih...
TV blom angkut..Ada radio sama lappy aku j..Sangatlah bosan..Mcm nih k aku nak dok umah nih sengsorang sok2???
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!
Huhuhu...
Kengkawan yang semuhrim..Selalu2 la datang meriahkan umah aku nih...Lepak sini..Temankan aku....Huhuhu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin